BAB 11

177 10 0
                                    

Ruang rumah sudah kelihatan agak lengang. Semua tetamu yang hadir telah beransur pulang sejurus majlis berakhir. Sara memandang sekeliling ruang tamu. Hanya tinggal tiga meja kanopi dan bekas meletak air Yaasin kerana hidangan yang disediakan telah lama dikemas oleh pihak katering.

Walaupun papa menggunakan khidmat katering, dia tetap tidak melepaskan tanggungjawab sebagai tuan rumah untuk turut menghulur bantuan. Bukan susah sangat pun sampai kena angkat kayu balak. Setakat angkat pinggan mangkuk yang digunakan, celah giginya je.

Dipandang pada bungkusan yang berselerak di atas permaidani, lantas kotak ditarik. Beg cenderamata yang masih berbaki dimasukkan satu persatu ke dalamnya. Huh, banyak lagi yang kena kemas!

"Nampak sibuk je. Nak saya tolong?"tanya suara yang betul-betul di belakangnya.

Cepat Sara menggeleng. Senyuman manis dia hadiahkan kepada lelaki itu. Tangan cuba mencapai goodies yang terletak sedikit jauh daripada tempat duduknya.

"Tak apa, sikit je ni. Saya boleh buat sendiri."

"Meh saya tolong. Lambat sangat awak ni."

Terkelu Sara jadinya apabila Harraz merampas beg cenderamata dari tangannya lalu dimasukkan ke dalam kotak. Dia hendak bantah pun tidak boleh kerana lelaki itu sudah berkeras hendak menolongnya.

"Orang nak tolong, tapi sombong pulak." Sempat Harraz berjenaka. Lembut tetapi begitu dalam untuk perempuan hati tisu sepertinya.

"Kalau nak tolong sangat, awak buatlah semua. Saya nak buat kerja lain,"kata Sara jengkel. Terselit nada geram dalam kata- katanya. Bengang dengan Harrraz yang sibuk hendak menolong tetapi boleh pula lelaki itu sesedap mulut mengutuknya. Selagi mampu dia tak nak susahkan sesiapa walaupun sesukar manapun kerja yang dilakukan.

Melihat Sara yang berura-ura meninggalkannya, cepat-cepat Harraz memasukkan beg goodies yang terakhir. Dia cuba meraih tangan Sara namun pantas ditepis gadis itu.

"Apa sentuh-sentuh ni? Dah lupa halal haram ke?"marah Sara dengan sikap lelaki itu yang lepas laku. Takkan sebab dia berlembut selama ini, lelaki itu boleh pulak mengambil kesempatan. Kalau mama dan papa nampak, nanti diorang salah faham pulak.

"Awak marah kat saya ke?"soal Harraz.

Berlapis-lapis dahi Sara dibuatnya. Akal berusaha memproses maksud tersirat di sebalik pertanyaan Harraz. Wait, pasal hari tu ke?

"Nonsence. Saya cuma tak selesa awak sentuh saya."

"You're lying. Even your face doesn't show it all. Just tell me the truth,"gesa Harraz apabila Sara seperti mengelak daripadanya sejak hari gadis itu makan malam di rumahnya.

"Stop it! Don't ever talk about this thing again,"kata Sara dengan nada tegas. Cuba untuk menghalang banyak lagi perkara mengarut yang akan dikatakan Harraz. Bukan dia yang pelik, namun tindak tanduk Harraz yang aneh sejak kebelakangan ini dan sering bertanya yang bukan-bukan.

"Okay, fine. Firstly, saya minta maaf sebab paksa awak. Then, maaf jugak sebab saya tak endahkan awak haritu. Kita kawan balik okey?" Harraz angkat tangan tanda menaikkan bendera putih.

Ya, dia akui perempuan kalau dah merajuk dan mula bernada sebegitu rupa, memang susah untuk dipujuk. Mahu sebulan mereka tidak bertegur sapa. Biasalah mana ada perempuan yang mahu mengaku salah.

"Okay, kita kawan." Ringkas sahaja balasan Sara sebelum mengangkat kotak yang berisi beg cenderamata. Kotak diletak di tepi sudut stor.

Kawan? Luluh hati lelakinya apabila Sara berkata begitu. Nampaknya, gadis itu hanya menganggap dia sebagai kawan biasa sejak awal lagi mereka berkenalan. Hanya dia saja yang mengharapkan hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now