BAB 9

184 9 1
                                    

NASI putih berlaukkan ayam paprik yang hanya disenduk sedikit tadi disuap lambat ke mulut. Sayur pucuk manis masak lemak yang diambil satu sudu tadi pun masih tak berusik. Entah kenapa rasa tak berselera. Bukan tak sedap. Sedap sangat kalah MasterChef. Perencah, rempah ratus, dan rasa manis semuanya cukup. Tekaknya yang bersalah. Macam tak lalu.

Hanna Mikayla, kakak kepada Harraz yang lahap meratah ikan keli dipandang sekilas. Berselera betul macam tak makan setahun. Betul kata orang, kalau masakan sedap memang tak toleh kiri kanan dah.

Kan Sara dah kata yang ibu Harraz pandai memasak. Dia terbalik pula. Lidah bagaikan kehilangan deria rasa. Tawar. Mungkin badan letih sangat kerana seharian mengerah keringat. Itu sebab semua tak terasa pada tekaknya.

"Sara nak tambah lagi? Jangan malu, anggap je macam rumah sendiri,"pelawa Puan Sri Rina mesra.

"Aah, sikitnya makan. Sara diet ke?" Hanna mengelap tompokan kuah pada tepi bibirnya. Pelik melihat nasi yang diambil oleh Sara masih tidak berusik di dalam pinggan. Dikerling sekilas pada pinggannya yang sudah hampir licin walaupun telah diisi banyak lauk dan sayur. Memang berbeza sekali.

"Taklah, Sara memang jenis yang cepat kenyang. Sorry tak dapat rasa masakan auntie yang lain,"ucap Sara dengan rasa bersalah.

"Patutlah akak tengok Sara slim je. Bukan macam akak, makan sikit berkilo-kilo lemak menempel kat badan ni. Betul tak dik?"gurau Hanna sambil menyenggol-nyenggol bahu Harraz.

Harraz terbatuk-batuk kecil.

"Cuba kakak duduk betul-betul. Ni tak, macam sotong kena palu Harraz tengok."

"Kalau ye pun dik, takkan peribahasa pun kau main sapu je!" Pecah tawa Hanna.

Kalau geti ketawa elok-elok tidak mengapa jugalah. Ini tidak, tangannya pun bukan boleh duduk diam. Sambil ketawa sambil pukul orang. Harraz selalu jadi mangsa buli kakaknya. Nak buat macam mana? Reda jelah.

"Diamlah! Orang nak makan pun tak senang." Pisau besi di sisi meja dicapai lalu dibuka penutup bekas kek berkaki. Berhati-hati dia memotong kek di dalamnya kepada beberapa bahagian. Pinggan Sara yang masih berbaki nasi diambil dan diganti pula dengan piring berisi kek vanila.

Terlopong Sara melihat kek vanila yang diletakkan di hadapannya. Dia telan air liur. Teringat pula pada kek Hokkaido Triple Cheese daripada Secret Recipe yang dibelikan oleh Raisya minggu lepas.

"Eat it. Saya bukan suruh awak tenung kek tu lama-lama. Takyah diet, nanti mati kempunan pula,"arah Harraz. Tersenyum kecil memandang reaksi Sara yang masih terpinga dengan tingkah lakunya.

Sara mencapai sudu dan mencuit sedikit krim lalu disuap ke dalam mulut. Gabungan span vanila dan krim keju yang dibakar menjadikan rasa kek itu sempurna. Rasa berkrim dan berlemak yang terus cair di dalam mulut.

"Isn'it delicious? Ni resipi auntie turun-temurun tau."

"Perfect! Sara tak pernah rasa kek homemade sesedap ni,"puji Sara sambil menaikkan ibu jarinya tanda dia berpuas hati dengan kek yang dimakan.

"I know you will like it. That's my favourite too." Harraz buka cerita.

"Memang pun. Setiap kali birthday Harraz, mesti kek mama yang dimintaknya. Kalau tak dapat, kena sedialah tahan telinga dengar rengekan dia 7 hari 7 malam."

Tergelak Sara mendengar seloroh Hanna. Ada sahaja perkara berkaitan Harraz yang mahu dicerita. Biasalah lumrah adik-beradik. Gaduh itu hal biasa. Sekejap je, lepas lima minit mula mentertawakan sesama sendiri.

"I'm done." Harraz bangun selepas menghabiskan suapan terakhir. Pinggannya diambil lalu dibawa ke dapur. Cepat-cepat dia mencuci pinggan lalu kembali semula ke meja makan. "Harraz naik dulu ye, mama."

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now