BAB 7

222 9 0
                                    

"Sa...kit..."

"Tengok ni, berdarah tangan kau. Jom balik. Nanti aku sapukan ubat." Tengku Aydan bingkas bangun lalu menghulurkan hujung bajunya agar Raisya dapat berdiri dengan mudah.

Aku merenung ke dalam anak matanya sesaat kerana mahu memastikan adakah dia sedar dengan tindakanya sekarang ini.

"Overthinking lagi! Sakit-sakit cenggini pun ada masa fikir aku ada niat jahat." Tengku Aydan buat muka cemberut.

"Yelah...." Aku akhirnya akur. What a bad day!


 What a bad day!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ADOI... perlahanlah sikit!"

"Yelah, aku tengah cuba perlahan ni. Tahu pun sakit. Lain kali melintas tengok kiri kanan,"bebel Tengku Aydan sambil menyapu ubat pada luka di tanganku.

Krim luka dicolek sedikit daripada tiub dan disapu pada siku yang cedera tadi. Fokus benar lelaki itu merawat aku yang selesa bersandar pada sofa ruang tamu. Bimbang tersilap langkah aku akan mengalami kecederaan yang lebih teruk.

"Maaf sekali lagi sebab susahkan awak. Awak risaukan saya eh?" Terharu tatkala mengenang Tengku Aydan yang sanggup menolongku untuk menyapu ubat pada tempat luka. Tangannya yang ligat membalut lututku dengan plaster terhenti buat seketika.

"Ri..sau? Mana ada aku risau. Aku tolong kau ni pun sebab nanti mama ngan papa marah aku pulak. Tak pandai jaga anak kesayangan diorang ni,"nafi Tengku Aydan gagap.

Mengaku je lah Tengku Aydan oi! Sudah terang lagi bersuluh riak risau pada mukanya.

"Bertuah punya budak! Macam mana boleh cedera ni?" Mama yang baru siap menyediakan makan malam terus menuju ke arah kami berdua. Risau dia melihat aku yang tidak henti mengadu kesakitan.

"Dia ni mama. Gedik nak beli air kat tepi jalan macam kat rumah tak ada."

Tenungan maut aku hadiahkan kepadanya, padahal dia pun dua kali lima. Mintak aku tapaukan satu paket jambu batu untuknya. Karang tak ikut kebulur pulak macam tak makan setahun!

"Eh..awak pun nak jugak kan jambu. Buat-buat tak tahu pulak,"bidasku geram. Mata menjeling tajam Tengku Aydan di sebelah yang tersengih.

"Hehe... yelah Aydan pun bersalah jugak."

"Patutnya awaklah pergi, awakkan lelaki,"nasihat mama membuatkan sengihan Tengku Aydan semakin lebar.

"Dah, jangan gaduh lagi. Jom makan, mama dah siap masak. Special hari ni mama masak untuk Raisya. Spageti bolognese dengan garlic bread."

Kedua-duanya terus terkunci mulut. Malas nak bertekak lagi.

"Aydan tak kisah kan?"sambungnya lagi.

"Tak kisah. Perut memang dah lapar pun."



Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now