BAB 4

310 12 0
                                    

"Kaki tu ke kanan sikit!"

"Ops, sorry!"

"Kaki kau tu pengkor ke?"

"Ops, sorry!" Kira sudah dua kali aku minta maaf.

"Kau ni memang tak pandai menari eh? Habis kasut aku kau pijak,"marah Tengku Aydan apabila aku berterusan memijak kasut kulitnya.

"Dahlah berat macam anak gajah. Habis patah riuk semua tulang jari kaki aku,"sambungnya lagi.

Mencerlung mataku mendengar ejekan Tengku Aydan. Besar kecik besar kecik je aku tengok mamat ni! Suka hati sahaja menyamakanku dengan bintang bersaiz gergasi itu. Besar tiga kali ganda daripadanya pulak tu!

Aku segera membelek badanku atas bawah. Fuh...nasib tak betul-betul berat macam gajah!

"Amboi, sedapnya mulut mengata saya! Awak tu apa kurangnya? Lembik! Kena pijak sikit dah melalak macam budak kecik,"sindirku dengan bibir dicebikkan.

"Nasib malang betul berpasangan dengan kau. Dahlah gemuk, mulut macam longkang pulak tu,"balas Tengku Aydah, tidak mahu mengalah.

"Awak kata saya berat sangat kan? Nah, rasakan pijakan super daripada anak gajah cantik lagi menawan!" Dengan perasaan menyampah yang meluap-luap, aku tanpa segan silu terus memijak kaki Tengku Aydan kuat. Rasakan, siapa suruh mulut tu cabul sangat kan!

Serentak dengan itu, jeritan lelaki itu nyaring bergema di seluruh dewan.

"Shit, sakitlah perempuan! Kau telan apa sampai boleh kuat macam ni?"kata Tengku Aydan sambil memegang kakinya yang sakit.

"Entahlah, tiba-tiba kaki saya terlebih kuat. Sebab awaklah puncanya!" Sekali lagi kakiku mendarat elok di atas kaki Tengku Aydan.

Dan sekali lagi jeritannya lantas memenuhi ruang dewan. Lebih kuat berbanding yang pertama. Gelagat kami berdua turut menjadi perhatian para tetamu di sekitar.

Dikira untung aku hanya memakai ankle boots yang bertapak lebar 3 inci hari ini. Tidak seperti hari-hari sebelum, aku lebih gemar menyarung kasut tumit tinggi yang lebih halus batang kasutnya. Sebagai langkah keselamatan, mana tahu satu hari aku terserempak dengan orang yang berniat tidak baik kepadaku. Senang aku bantai mereka dengan bucu batang kasutku yang sedia tajam.

"Eee.. geram pulak aku dengan betina ni! Patutnya aku tolak je bila papa suruh tadi,"bebel Tengku Aydan lalu memegang hujung meja. Sebagai sokongan untuk dia berdiri semula dengan mudah.

"Tahu pun. Lain kali jangan pernah terniat untuk dekati saya. Dalam mimpi jelah. Eh tak! Bermimpi pun tak boleh. No no!"

"Kau ingat aku ingin sangat? Nak muntah adalah!"jawab Tengku Aydan, meluat betul dengan amaran Raisya.

Aku juling mata ke atas. Malas mahu ambil pusing apa yang dikatakan oleh Tengku Aydan, pantas aku melangkah pergi darinya. Beberapa pasang mata yang memandang langsung buatkan aku tertunduk ke bawah, amat malu dengan kejadian tadi.

"Hoi, aku tak habis cakap lagi!"

Teriakan Tengku Aydan aku abaikan. Mamat itu tak geti segan ke orang lain duk perhatikan.


 Mamat itu tak geti segan ke orang lain duk perhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now