BAB 20

334 9 0
                                    

Street.........

Pacuan empat roda yang meluncur laju di jalan raya diperlahankan apabila mula memasuki kawasan perumahan elit. Papan tanda had laju yang terpampang besar di lorong utama memberi amaran kepadanya untuk mengawal kelajuan kereta supaya tidak bertembung dengan kereta penduduk di situ. Kunci pagar ditekan. Automatik pagar besar di hadapan bergerak ke tepi mengikut landasannya.

Laju minyak ditekan agar kereta masuk ke halaman rumah. Parking kereta yang boleh memuatkan sehingga 3 kereta diparkir pada masa yang sama dituju. Brek ditarik ke belakang sebelum dia membuka tali pinggang yang menjerut badan.

Kepala dialihkan pada seorang wanita yang cantik di sebelah. Isterinya kelihatan begitu cantik ketika tidur, serupa bayi baru lahir yang begitu terserlah kecomelannya. Mahu sahaja dia cubit pipi Raisya yang putih kemerah-merahan. Namun pergerakannya daripada menyentuh kulit mulus isterinya terbantut tatkala teringat akan peristiwa malam tadi.

Berdengung suaranya yang menghina Raisya di minda.

"Kau jangan nangis lagi! Aku nak tidur dengan aman."

Tengku Aydan menggeleng. Segera membuang jauh-jauh bisikan syaitan daripada menghantui diri. Lengan kurus isterinya yang berlapik baju kurung digoyang kuat.

"Hoi, bangunlah! Kita dah sampai rumah,"jerit Tengku Aydan terpekik melolong di gegendang telingaku.

Badanku bergerak sedikit. Lena agak terganggu dengan pekikan Tengku Aydan sebingit bunyi siren van ambulans yang bergegas ke hospital. Aku menggosok mata berkali-kali supaya dapat meneliti muka garangnya lebih jelas.

"Okey, saya bangun ni." Aku menguak tangan ke belakang dan ke depan.

Tanpa menungguku, Tengku Aydan meluru keluar dan berjalan ke belakang kereta. Permukaan licin bonet disentuh jari sebelum terbuka secara automatik. Beg bagasi di dalamnya ditarik oleh lelaki itu satu persatu. Aku apalagi terus membuntuti langkahnya untuk masuk ke dalam rumah. Diangkut sekali beg tangan dan dompet suamiku yang tertinggal di dashboard.

"Awak jap! Biar saya tolong awak bawak,"kataku menawarkan pertolongan sambil tersenyum lebar biarpun aku merasakan diriku masih mamai.

"Badan kecik, ada hati nak tolong angkat. Nanti kejap lagi membebel sakit tangan bagai."

"Yelah, yelah." Muka dimonyokkan masak mencuka. Fakta bahawa saiz badanku yang lebih kecil berbandingnya patut aku mengaku walaupun pahit untuk diterima. Betul kata Tengku Aydan, tak memasal muncul garis-garis merah di tapak tangan akibat masih berdegil mahu mengangkat dua beg itu.

Kunci dimasukkan melalui lubang pintu dan dipusing mengikut arah jam. Klark... Pintu terbuka. Seiring dengan mulutku yang terbuka seluas alam apabila dihidangkan dengan dekorasi dalaman rumah baharu kami yang amat mengagumkan.

Tergamam aku jadinya. Tidak menyangka rumah banglo dua tingkat kami akan seindah ini. Kaki bagai terpaku di tempatku berdiri. Mata tidak henti melingas ke sekeliling ruang tamu seluas 20 kaki yang muat dengan banyak aksesori rumah.

Susunan perabot dan sofa yang berkonsepkan minimalis moden terasa begitu kena dengan seleraku. Tak terlalu padat dengan perabot dan ringkas sahaja. Penggunaan cat bertona putih dan coklat menghidupkan lagi ruang di tengah-tengah pintu masuk itu.

"Sini ikut aku pergi dapur,"arah Tengku Aydan lalu menarik kasar tanganku untuk mengikutinya. Akibatnya badanku terdorong ke depan dan mendarat betul-betul di atas dada suamiku yang terbentuk 6 ketulan besar. Aku tergamam.

Posisi kami agak dekat dengan aku tertindih di atasnya. Helusan nafas hangat Tengku Aydan menampar lembut dahiku. Lama kami statik pada keadaan begitu.

"Eh kau ni, sempat pulak berdrama." Dia menolak badanku daripada terus mengepungnya.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now