BAB 2

400 15 0
                                    

"Bosanlah main game ni. Asyik kalah je dari tadi. Sebab anak pungut tulah, mood aku dah tak baik!" Tengku Aydan hempas alat kawalan.

Tangannya menumbuk-menumbuk bantal yang dipegang. Serupa orang gilatengah meroyan pun ada kalau orang lain nampak. Nasib baik isi bantal itu agak berkualiti, bukan jenis kekabu cap ayam.

Aku yang berdiri di belakangnya ketawa terlebih dulu sebelum menegur.

"Kalau tak puas hati, cakaplah dengan tuan badannya. Jangan bantal tak bersalah tu pulak yang jadi mangsa pukulan awak."

"Diamlah kau! Akulah tengah panas hati dengan sorang perempuan gila ni!"

"Who is it? Maybe saya kenal, boleh lah buat sesi umpat awak nanti. Hai, siapalah orang yang bertuah tu ek?" Aku balas dengan mulut dicebikkan. Kipas muka ala-ala datin. Sengaja hendak memanaskan hati lelaki itu.

"Shut up! Kalau kau datang sini sebab nak sakitkan hati aku, lebih baik kau blah,"balas Tengku Aydan kasar sambil tangan menghalauku dari situ.

"Saya datang sini sebab nak bagi roti ni. Tapi, tak tahulah kalau empunya badan sudi terima pemberian kecil saya ni. Sayang rezeki kalau ditolak." Aku menghulurkan sebungkus plastik berisi roti coklat 'Gardenia' kepada Tengku Aydan. Plastik roti dikoyak sedikit pada bahagian tepi lalu ditelakkan pada tapak tangan lelaki itu. Air coklat panas ditempatkan di tengah-tengah meja kopi dengan cermat.

Dia senyum menyeringai. Penuh sinis.

"Kau ingat aku hadap sangat ke dengan roti murah ni? Lain kali kalau nak bagi, bagi yang mahal sikit. Starbuck ke Mcd, baru boleh telan tekak ni,"ejek Tengku Aydan lalu tergelak jahat.

Alah, kata jelah yang dia itu memilih makan. Mama dan papa yang asal kaya pun makan sahaja apa yang tersedia kat depan mata.

"Kalau tak nak sudah, saya letak je roti ni kat sini." Dengan nada mengalah, aku letakkan bungkusan roti coklat itu di atas meja kopi lalu menaiki tangga ke tingkat atas. "Mana tahu tiba-tiba gastrik, terpaksalah perut tu kena terima makanan murah ni." Sekiranya Tengku Aydan tak mahu, aku seribu kali tak ingin nak layan karenah lelaki itu. Aku bukan orang gaji, tidak diupah untuk menurut perintah orang lain terutamanya diktator seperti Tengku Aydan.

Konsep aku senang sahaja. Orang hormat, aku hormat balik. Kau layan aku macam sampah, aku layan kau lagi teruk macam taik kucing!

"Saya naik dulu ye." Aku gelak. Lalu angkat kaki ke atas.

"Tahu je yang aku tengah lapar,"keluh Tengku Aydan. Perut yang telah berdondang sayang disentuh. "Hai perut, makan jelah orang dah bagi ni. Roti pun jadilah."

Pantas tangan mencapai roti coklat setelah memastikan Raisya telah naik ke tingkat atas. Malu kalau tertangkap. Bukaan roti terus dikoyak rakus dan dikunyah lambat setelah disuap ke mulut. Itulah sombong sangat dengan pemberian orang. Siap merajuk bagai, kan diri sendiri yang susah.

"Tastes delicious..

Suapan roti yang terakhir di tangan dihabiskan dan plastik roti dibuang merata dengan selamba. Video game yang tergendala buat seketika tadi disambung kembali. Namun, Tengku Aydan tidak menyedari seseorang telah memerhatikan perbualannya dengan Raisya.

"Kenapa aku tak ada keberanian nak buat macam tu? Ya Allah, aku tak mampu untuk melawan kelemahan ni."

Tangisan kecilnya dibiarkan sahaja melayan perasaan yang berkecamuk. Mungkin itu sahajalah cara yang mampu dilakukan untuk memujuk hatinya yang sedang kecewa.




 Mungkin itu sahajalah cara yang mampu dilakukan untuk memujuk hatinya yang sedang kecewa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now