4

2.1K 256 81
                                    

Aku membuka tingkap rumah sebelum mataku tertancap pada sosok yang sedang duduk di bangku hadapan sawah.

Pandangannya jauh termenung memandang keindahan sawah. Senyuman kecil menapak di bibirku lantas aku mengatur langkah ke sosok tubuh itu.

" Jeongwoo "

Lelaki itu menoleh memandangku dan tanpa reaksi dia memandang hadapan kembali.

" Aku nak duduk sini boleh? " Pintaku. Hanya anggukan kecil Jeongwoo berikan. Aku labuhkan punggung disebelahnya lantas turut sama menikmati pemandangan.

Betullah orang kata.

Kampung merupakan tempat terbaik untuk lari daripada masalah.

" Maaf. "

Berkerut dahiku lantas aku memandang Jeongwoo disebelah yang baru sahaja menuturkan ayat itu. Lelaki ini menunduk.

" Kenapa? "

" Maaf sebab tinggalkan kau semalam. Aku terlupa. "

" Tak apa. Lagipun, aku okay je sekarang. " Senyumku.

Sejujurnya, semalam aku nampak dia menangis berseorangan di dalam bilik. Aku tak tahu puncanya, tetapi aku tahu sekarang ini Jeongwoo dalam keadaan tidak baik.

Wajarlah aku tak cari gaduh dulu.

" Kau kena kacau teruk ke dengan dorang? "

" Dorang tak ganggu aku pun. "

" Semalam tu? "

" Kan hujan lebat. Petir pula tu. Dorang tumpang berteduh, sama macam aku. At least dorang lagi better daripada lelaki kat bandar. "

" Lelaki bandar suka cari kesempatan ke? " Jeongwoo tersenyum sinis. Aku hanya mengangkat bahu.

Curi kesempatan, dah dapat, semudah itu ditinggalkan.

" Kau tahu tak, semalam aku baru putus dengan boyfriend aku. " Aku memulakan bicara. Terangkat kepala Jeongwoo memandangku.

" Putus? Kenapa? "

" I dont know. Dia cakap dia tak pernah suka aku. Maybe aku ni belum cukup sempurna lagi untuk dia. "

" Kau sedih? "

Dan aku mengangguk. Jeongwoo nampak memahami.

" Aku faham perasaan kau. "

" Sebab tu ke muka kau berubah lepas jumpa San semalam? " Tebakku. Dan jelas sekali raut wajah Jeongwoo berubah mendadak.

" Mana ada. Aku okay je. "

" Aku takkan jadi lawyer tanpa sebab. Ada something antara kau dengan San yang terjadi dulu. "

" Dahla, Nara. Kalau tak ada apa, kau pergilah naik. " Halau Jeongwoo. Dia jelas tak selesa. Dan aku tak mahu memaksanya lagi.

" Jom teman aku. "

" Ke mana? "

" Sawah. Aku nak merasa jugak jejak langkah kat lumpur ni. "

" Serius? "

" Iya, Park Jeongwoo. Jom! Teman aku. " Senyumku lantas tanganku menarik tangan lelaki manis ini untuk mengikutiku.

Lelaki tinggi lampai ini hanya menurut. Dia mengikut belakangku yang kini sudah teruja pertama kali di bendang sawah.

" Ini longkang ke? " Soalku. Jeongwoo angguk.

" Saliran lah, lagi tepat. Untuk pengaliran air semua padi ni. "

" Air ni kotor la eh? "

" Maybe ada lumpur. Sebab bercampur dengan tanah lembap. Kena-- WOI! " jerit Jeongwoo sebaik sahaja melihat aku melompat kedalam lumpur.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now