EPILOG

2.3K 249 152
                                    

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa kabar kamu sayang apa kabar kamu sayang

Aku kan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa kabar kamu sayang apa kabar kamu sayang di sana

Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Armada - Apa khabar sayang

-------------------------

5 tahun kemudian.....

Tok! Tok!

" Masuk! "

Terpancul muka PA yang selama ini berkhidmat padanya. Gadis itu tersenyum.

" Cik Nara tak nak lunch ke? Dah lunch hour. " Senyum PA ku. Aku mengerling jam ditangannya.

Sudah 12.30 tengah hari rupanya.

Patutlah perutku sudah berbunyi lapar.

" Hyewon. "

" Ya, Cik Nara? " Senyum si gadis.

" Saya ada schedule lagi ke lepas ni? "

" Kejap ya. " Hyewon berlari kembali ke mejanya lantas selembar fail dibuka. Matanya menilik satu persatu jadual milik milikku sebelum dia menggeleng.

" Lepas lunch, Cik Nara tak ada schedule dah. Meeting dengan client tadi, itu yang terakhir untuk hari ini. "

" Baik. Kalau macam tu, lepas lunch saya tak masuk dah. " Balasku. Hyewon berkerut.

" Cik Nara nak pergi mana? "

" Tempat biasa. "

" Oh. Baik, Cik Nara. " Angguk Hyewon faham. Dia tahu bossnya mahu ke mana.

Sudah menjadi rutin harian Nara sejak 5 tahun lalu.

" Oh ya, Cik Nara. Bila Cik Nara nak interview jawatan accountant yang baru tu? " Soal Hyewon. Aku berfikir seketika.

Oh jawatan accountant yang baharu.

Kerana accountant yang lama mendadak berhenti, aku terpaksa mencari yang baharu. Pengumuman interview sudah diedarkan, tinggal memanggil para calon sahaja untuk datang.

" Saya akan buat interview lusa. Nanti tolong beritahu para calon ya? " Aku tersenyum. Dengan pantas aku mengemas meja kerjaku. Segalanya juga perlu nampak rapi.

" Kalau Jake call saya, cakap dengan dia ya saya pergi mana. " Aku memegang beg tangan milikku lantas menapak pergi meninggalkan pejabat firma guamannya.

Fuh.

Tenang kembali menyapa diri.

Aku menapak ke kenderaan milikku. Tak lupa juga memasang kaca mata hitam di wajah.

Perjalanan yang panjang bakal aku lakukan. Eloklah aku lunch dalam kereta sahaja. Takut sampai di destinasi pada waktu malam.

Segera kenderaan BMW milikku dipandu, menuju ke tempat yang sangat aku rindu.

Sudah 5 tahun begini.

Rutin harian aku.

Pulang ke Iksan.

Drrtttt....

Telefonku berbunyi nyaring. Segera aku memasang airpod sebelum panggilan diangkat.

" Yup, Jungwon? "

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now