10

1.8K 215 20
                                    

" Duduk kejap. " Arahku. Bahu Jeongwoo ditepuk namun lelaki ini masih tidak memberi respon.

" Jeongwoo..bangun kejap. Duduk. "

" Sakit... Nara... Sakit.. "

Baru kali ini.

Dia menyebut namaku.

Dahinya berkerut dan bibirnya bergetar hebat. Tubuhnya juga dibasahi dengan peluh, namun dingin. Matanya masih tertutup erat dalam keadaan dirinya yang masih meringkuk.

" Ya, aku tahu sakit. Suhu kau tinggi ni. Duduk bersandar kejap. Aku nak tampal coolfever. " Pujukku. Jeongwoo angguk halus dan cuba untuk bangkit. Aku segera membantu memapah tubuhnya dan meletakkan bantal dikepala katil.

Selesai bersandar, dengan perlahan aku menampalkan coolfever itu di dahinya. Dia mengeluh halus apabila rasa sensasi sejuk itu menyerang dahinya.

Sejujurnya, dia nampak teruk sangat sekarang.

Bibir yang pucat dan bergetar, dan tubuh yang melemah.

Baru kali ni matanya memandangku.

" Nara.. "

" Kau tunggu sini, aku nak masak bubur. "

Segera aku angkat punggung mahu beredar ke dapur. Namun, tanganku dicekal olehnya. Berpaling aku melihat wajah Jeongwoo.

" Jangan pergi.. teman aku... " Rintihnya. Aku mengangkat sebelah kening.

" Aku nak masak bubur je. "

" Jangan balik Seoul... "

Oh.

Pasal Seoul ke?

Aku tersenyum dan mengangguk mengiyakan. Tangan Jeongwoo yang berpegang erat pada lenganku itu aku tarik.

" Ya, aku stay. Kau rest kejap eh. Aku nak buat bubur. "

Dan akhirnya gadis Oh ini ke dapur dan memasak bubur.

Bubur ayam je kot, takkanlah masin lagi?

Selepas hampir 20 minit berhempas pulas didapur ini, akhirnya bubur ayam mamat demam tu dah siap. Aku mengangkat mangkuk bubur ayam yang panas itu kembali ke bilik Jeongwoo.

Jeongwoo tak tidur, dia masih bersandar dan mengelamun jauh.

" Jeongwoo. " Dia berpaling memandangku dan tersenyum hambar.

" Ni bubur kau. Dah siap. " Kataku lantas meletakkan bubur itu diatas meja sebelah katil. Baru sahaja aku mahu menapak keluar, suara lelaki ini menghentikan langkahku.

" Suap... "

Aku menggulingkan mata keatas.

Macam ni eh lelaki?

Dah buat salah tu, tak geti minta maaf, tiba-tiba claim dah berbaik?

Aku mendengus dan berpaling melihatnya dengan tatapan tajam. Kira baiklah tu aku dah buatkan dia bubur. Ikutkan hati nak je aku tinggalkan dia jadi mayat kat rumah ni.

" Kau dah buat sal-- "

" Maaf. "

Aku kaku. Ayat yang baru sahaja dipintas olehnya membuatkan aku terdiam seketika. Jeongwoo menunduk dan bermain dengan tangannya.

" Apa kau cakap tadi? "

Jeongwoo mengangkat muka memandangku. Wajahnya nampak sayu. Dengan mata bulatnya tepat memandang mataku.

Okay, ni comel.

" Aku nak minta maaf. Sebab mention pasal papa mama kau. Dan minta maaf sebab lambat ambil kau semalam. " Tutur katanya yang lembut membuatkan aku goyah seketika.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now