24

1.7K 201 49
                                    

Malam.

Keadaan dalam kapal menjadi gelap. Sengaja tidak dinyalakan lampu memandangkan Jake tidak mahu kegiatannya dikesan polis.

Aku masih menunggu diruanganku. Tidak berganjak ke ruangan gadis lain. Risau kegiatanku dihidu oleh Jake.

Dan aku masih menunggu kedatangan Yuna.

Katanya dia mahu membantu aku memandangkan dia juga seorang anggota polis.

Sedang menunggu, aku tersentak apabila pintu diketuk. Segera aku buka dan senyuman lebar menghiasi wajah apabila Yuna yang berada disitu.

" Kau pahal sengih? "

Mati senyumanku.

" Macam mana? Jadi ke plannya? "

Yuna masuk kedalam lantas matanya melilau kekiri dan kekanan.

" Seller datang kejap lagi. Dan kalau seller tu dah sampai, you gonna say byebye to all your Iksan girls. " Kata Yuna, kaku. Aku menggigit bibir bawah.

" Habis tu, kita kena buat apa? "

" Kejap lagi, polis Beijing akan sampai. Dengan pasukan unit khas Seoul. "

Serta-merta jantungku berdegup kencang.

Unit khas Seoul?

Pasukan...Jeongwoo kan?

" Aku akan alihkan perhatian dua lelaki depan bilik dorang. Dan kau, bawa keluar semua perempuan tu. Nanti lepas je korang berjaya keluar, aku akan bagi isyarat untuk bagi polis masuk. "

Aku memandang Yuna. Rasa takut dengan rancangan Yuna.

Macam mana kalau aku gagal?

" Okay, aku buat. "

------------------

" Bila kita nak serang? " Soal Jeongwoo. Rasa serabut dengan sifat Chenle yang sedari tadi menunggu.

" Aku ada anggota undercover dalam tu. Bila dia bagi isyarat, baru kita masuk. "

" Tapi sampai bila? "

" Nanti dapat isyarat, kita masuk. Jangan risau. " Jawab Chenle, masih penuh lembut.

Kini mereka sedang menyorok dicelahan orang ramai yang singgah di pelabuhan itu. Terdapat juga beberapa anggota yang menunggu didalam kenderaan.

Cukup masa, mereka akan keluar menyerang, diketuai oleh Jeongwoo dan Chenle.

Haruto, Jungwon dan Junghwan sudah pun bersedia dengan turut sama duduk dimeja bersebelahan Jeongwoo. Mereka hanya menunggu arahan yang bakal dikeluarkan si ketua.

" Sampai bila nak tunggu, Chenle? " Soal Jeongwoo lagi. Ah fikirannya diisi Nara sekarang.

Dia tidak tidur lena memikirkan gadis itu.

Dia okay je kan kat dalam?

" Eh kau boleh sabar tak? Kalau terburu, misi kita gagal. " Marah Chenle. Hilang sabarnya melayan Jeongwoo.

Kata captain, tapi tak matang!

Jeongwoo berdecih.

BANG!

Kesemua tersentak. Orang lain sudah menjerit ketakutan namun tidak bagi anggota keselamatan ini. Mereka tahu itu bunyi apa.

Bunyi tembakan.

" Chenle! " Desak Jeongwoo.

" Kita kena sabar tunggu isy--- WOI JEONGWOO!! "

Mata Chenle membutang melihat askar muda itu terus berlari menghampiri kapal itu. Baru sahaja dia mahu mengarahkan yang lain, Jungwon, Haruto dan Junghwan juga turut mengejar langkah Jeongwoo.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now