19

1.7K 207 69
                                    

BANG!

BANG!

BANG!

" ARGHHHH !!! "

" CEPAT CHECK DORANG! "

Huru hara. Ya itulah situasi kini. Situasi di Iksan.

Para ibu berlari sambil menyelamatkan anak mereka yang masih kecil. Para bapa cuba melindungi anak dan isteri mereka.

Dan para pengganas yang menyerang kampung mereka telah pun membebaskan gas asid hidroflorik, gas yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan sebaik sahaja dihidu.

Dan sekelip mata, beberapa penduduk kampung jatuh pengsan satu persatu. Para pengganas yang sudah memakai topeng pernafasan tersenyum sinis.

Asap mulai memenuhi kawasan kampung itu sekaligus menganggu pandangan. Dan dalam keramaian itu, seseorang datang dalam keadaan bertopeng.

Tanpa memegang senjata.

Kerana dialah ketuanya.

" Tuan, kami dah tangkap beberapa perempuan! " Terang salah satu anak buah. Lelaki itu mengangguk.

" Bawa mereka masuk dalam lori. "

" KAU NAK BAWA ANAK AKU PERGI MANA?!! HUK.. HUKK! " teriak salah satu lelaki apabila melihat anak gadisnya diseret dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia berjalan terhuyung-hayang, cuba menahan rasa sakit didada.

" Anak kau? " Ketua bengis itu tersengih lantas menundingkan jarinya pada gadis yang sedang diseret itu.

" Aku nak jual. "

" APA KAU CAKAP N-- BANG! BANG! "

" AAAAAA!!! " beberapa penduduk yang masih berjaga menjerit kaget. Lelaki itu ditembak dikepalanya.

Tepat dikepala, menembusi tengkorak.

Cukup mematikan.

Lelaki bengis ini.

Ketua kepada seluruh pengganas disini.

Selepas sahaja gas mulai habis menyebar, lelaki bengis itu membuka topengnya. Senyuman sinis menghiasi wajahnya.

Lelaki itu.

Jake Sim.

Wanita yang sudah tidak sedarkan diri itu dipandang dengan penuh nafsu. Sebentar lagi, wanita-wanita ini akan dibawa ke markasnya.

Dirogol.

Dibiarkan mengandung.

Anaknya dijual.

Dan wanita itu akan dijadikan pelacur bagi mengandung lagi.

Dan kegiatan itu berterusan.

Dibawah kegiatan pemerdagangan manusia.

Jake berjalan ke satu rumah.

Dia tahu rumah ini. Terlebih tahu. Rumah yang pernah dihuni oleh Oh Nara.

Tok tok tok!

Pintu diketuk berkali namun tiada respon. Jake menolak lidahnya kedalam pipi.

Tok tok tok!

Masih senyap.

Kesabarannya hilang. Pistol diambil lantas picu ditarik. Tangan dihala kearah pemegang pintu.

BANG BANG BANG!

" Gotcha. " Senyumnya apabila pintu terbuka. Dia segera melangkah masuk. Siulan bergema dibibirnya.

" Uhuiii.. "

Dia berjalan melalui bilik demi bilik sebelum dia berhenti dihadapan pintu satu bilik. Tombol dibuka lantas dia menapak masuk.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓On viuen les histories. Descobreix ara