14

1.8K 230 107
                                    

" Nara nak mengemas ke, sayang? " Tegur aunty. Aku yang baru mahu mencapai penyapu, mengangguk laju.

" Nara nak sapu sikit-sikit. Kenapa aunty? "

Aunty tersenyum dan menghampiriku.

" Aunty nak keluar kejap. Pergi rumah kawan aunty. Nanti kamu tolong kemaskan sekali bilik Jeongwoo, ya? "

" Bilik Jeongwoo? "

Aku mengerling bilik lelaki Park itu. Bertutup seperti biasa. Tapi bolehkah aku masuk bilik itu? Bukannya apa, tapi aku takut dia marah lagi.

Cukuplah kejadian lepas aku kena marah.

" Jeongwoo tak marah ke, aunty? "

" Marah? Kenapa dia nak marah? "

" Yelah, sebab ceroboh bilik dia. " Kataku. Aunty geleng cepat. Dia mengelus rambutku.

" Dia tu kalau bilik dia tak dikemas, tikus ingatkan tu rumah dorang nanti. Anak bujang aunty tu memang lemah sikit bab kemas bilik. Kamu kemas lah apa yang patut. Dan lagi satu... "

Aku mengangkat kedua kening menunggu bicara aunty seterusnya.

" Kamu buka laci meja dia. Buang lah semua fail and album kamu nampak kat situ. Kamu bakar je. Kan kamu pemilik hati dia sekarang. " Aunty tersengih. Aku berkerut kehairanan.

" Fail apa, aunty? "

" Nanti kamu tahulah. Kamu bakar je. Hapuskan terus. Aunty pergi dulu ya? "

Seusai pemergian aunty keluar, aku terus memulakan kerjaku membersihkan rumah ini. Bermula ruang tamu sehinggalah ke dapur, semuanya aku bersihkan.

Dan yang terakhir,

Bilik Jeongwoo.

Aku menolak daun pintu dan meneliti segenap bilik.

Keluhan halus terbit di bibir. Polaroidnya bersama Yeena masih elok tertampal di dinding.

Langkah diatur ke laci meja belajar yang dimaksudkan aunty. Segera tangan membuka laci itu sebelum mataku tertangkap beberapa buah album, fail dan sebuah camera elok terletak.

Jiwaku memberontak ingin tahu.

Tak apalah, Jeongwoo kan ke Seoul.

Jadi...

Dia takkan tahu kan?

Tanganku membuka camera itu dan harus menunggu beberapa minit untuk camera itu terbuka sepenuhnya. Bahagian foto ditekan dan serta-merta hatiku sakit.

Banyaknya gambar Yeena.

Aku menekan satu folder video dan kesemuanya video Yeena. Lelaki ini begitu mencintai Yeena kah?

Tapi sekarang...

Dia suka aku kan?

Video pertama ditekan dan bibirku bergetar menyaksikan video itu. Video yang dirakam oleh Yeena.

" Kita kat mana ni, Uwoo? " Soal Yeena disebalik camera. Jeongwoo tersenyum dihadapan camera itu.

" Ladang strawberi. Awak suka strawberi kan? "

" Suka! "

" Hai Yeena! " Satu suara mencelah dan camera mengarah ke seorang wanita berusia.

Oh, aunty Changni.

" Lama tak jumpa Yeena. Sihat? "

" Sihat! Aunty okay? "

" Okay je. Ish Jeongwoo, bakal isteri kamu ni baik betul. Cepatlah nikah ya? " Sengih aunty Changni.

Dan camera ke arah lelaki Park itu.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now