23

1.6K 203 92
                                    

" EH APA JADIK NI? " kalut pegawal yang menjaga hadapan pintu itu. Aku tersenyum sinis sebelum mimik muka disedihkan lantas menunding jari pada Jihyo.

Gadis itu sedang berpura-pura pengsan atas arahanku.

Mereka berdua saling memandang lagi.

Haih daripada tadi asyik saling memandang je kalau nak buat keputusan, dorang ni kembar ke?

Seorang lelaki menapak keluar manakala lagi seorang hanya kekal didalam sini mengawasi kami. Aku menjeling tajam.

" Kau pahal kat sini? Pergilah call doktor ke apa ke. " Bebelku. Lelaki itu hanya membatukan diri.

Jelas sekali dia mengelak soalanku.

Eh eh dia ni.

Ada kang makan siku.

Selang beberapa minit kemudian, lelaki tadi kembali bersama sebaldi air sebelum---

SPLASHHHH!!

Aku melopong.

Jihyo yang berpura-pura pengsan sebentar tadi lantas bangun dan memandang kearah dua lelaki tersebut dengan wajah yang terkejut.

" Ha tu dah bangun. " Tawa mereka.

Aku masih tergamam.

Kejamnya...

Sungguh.

Meringis aku melihat keadaan Jihyo yang kebasahan kini. Lukanya dahlah masih belum diubati, apabila disimbah dengan air, ini menambahkan lagi rasa sakit gadis itu.

" Kau bila nak keluar? " Soal lelaki itu padaku. Dia memandangku tajam sambil menunding jarinya padaku.

" Kalau aku tak nak keluar? "

" Aku jual sekali. "

" Seriously? Tak ada otak eh? "

" Biadap juga eh kau. "

" Cukup biadap nak sumbat kau dalam penjara. "

" KURANG AJ---- " aku memejam mata menanti sebarang tamparan hinggap dipipiku. Namun selepas beberapa saat, masih tiada sebarang kesakitan terasa. Aku membuka mata sebelum sekali lagi kerutan menghiasi wajah.

" Kau buat apa ni? "

Suara ini.

Jake.

Dia sedang mencengkam pergelangan tangan lelaki yang ingin menamparku tadi. Wajahnya jelas tegang.

" Sorry, boss. "

" Pergi buat kerja kau. Nara, bangun. Ikut aku. " Arahnya. Aku menggigit bibir bawah. Sekilas kepala dipalingkan memandang para gadis itu dengan raut wajah sedih.

Aku akan bebaskan korang, tunggu sekejap ya.

Aku mengikuti langkah Jake untuk keluar. Dia kelihatan serabut. Apa jadi?

" Kenapa? "

" Seller datang malam. "

" Tangguh? So, apa masalahnya? "

" Kau bodoh ke? Boleh kantoi lah dengan polis nanti! " Tengking Jake. Bahuku tersentak menahan rasa terkejut.

" Habistu kau nak aku buat apa? "

Jake merenung mataku sebelum dia menggeleng.

" Tak ada apa kau boleh buat. " Balasnya. Aku angguk setuju.

Tak ada apa pun boleh aku bantu.

Mereput lah kat sini.

Sekilas Jake pergi meninggalkanku. Dia menapak meninggalkan kapal ini dan dapat ku lihat dia berdiri diluar dan berbual dengan beberapa pelayan disana.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن