2

2.1K 235 116
                                    

I put Nara as ' aku ' okayy.

---------------

Jam dah mencecah angka 9 malam. Dan aku masih belum mandi!

Daripada tadi sibuk menilik telefon, entah apa yang aku buka, padahal sini tak ada line. Uncle dan Aunty kat luar tengah duduk sambil menonton televisyen.

Tapi, televisyen tu serius tak ada saluran lain. Hanya ada berita sahaja!

Aku mengeluh lagi. Terpaksalah mandi, siapa je nak tidur dalam keadaan berlengas? Tuala di bagasi diambil lantas aku menapak ke tandas.

Jap.

Tandas kat mana?

Aku menggigit bibir bawah dan mengintai daripada tepi dinding. Aunty dan Uncle masih kusyuk menonton berita sambil sesekali Aunty mengurut lengan Uncle.

" Ermm.. aunty! " Bisikku. Aunty menoleh dan senyuman menghiasi wajahnya.

" Ya, Nara? Nara lapar? Nak makan ke? "

" Nara.....nak mandi. Hehe, toilet kat mana? " Soalku. Aunty segera bangun dan memimpinku ke bahagian belakang rumah.

Dahlah gelap!

Macam mana kalau ada hantu? Macam mana kalau ada psychopath yang akan--

Okay stop Nara.

" Toilet kat belakang rumah. Air masih ada lagi. Nara habiskan je okay? Nanti anak Aunty balik, dia akan amik air sendiri. "

Aku mengangguk faham. Segera toilet yang kecil itu aku langkah masuk.

Mataku melilau melihat keatas dan ke lantai. Bukan lantai mozek. Tetapi lantai simen.

Yang berkerak.

Dan atap berbumbungkan zink.

Yang dah berkarat.

Okay ni toilet ke rumah hantu?

Disebabkan keadaan malam, suhu mendadak naik. Dan air kolah yang biasa itu pun boleh terasa sejuk seperti salji.

Aku mendengus.

Takde water heater ke?

Tidak mahu menunggu lama, aku menapak ke toilet yang dikhaskan untuk aktiviti buang air. Itu satu lagi ruangan didalam tandas ini. Ruangan luar pula khas untuk mandi. Kiranya dalam satu tandas, ada dua ruangan.

Pintu ditutup selepas selesai mencedok sedikit air untuk dibawa ke dalam tandas duduk. Baru sahaja aku mahu membuang hajat, aku terdengar seseorang masuk kedalam ruangan mandi.

Dan sosok itu bersiul kecil.

Aku menggigil kecil. Siapa pula yang masuk dalam ni? Suaraku diperlahankan dan hanya mendengar setiap tindak tanduk insan yang menceroboh masuk itu.

Nafas ditarik pantas lantas tangan mengangkat tinggi gayung ditangan. Air dicedok dalamnya untuk aku lempar kearah insan yang berani mencemar duli masuk ke dalam tandas.

1

2

3

SPLASHHH!!!!!

Tanpa bertangguh, aku melompat lantas menendang tubuh yang kini sudah shirtless.

Lelaki mana ni?

Entah-entah, perogol!

" AUNTY AUNTY!! UNCLE !!! " jeritku meminta pertolongan dengan keadaan tangan masih tidak berhenti memukul kuat tubuh lelaki ini dengan gayung.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang