11

1.8K 232 57
                                    

Tok tok!

Tok tok!

Aku mendengus. Pintu rumah tidak habis diketuk kuat. Kalau uncle dengan aunty, mustahil dorang nak ketuk. Dorang kan bawa kunci.

Malaun mana lah datang mengacau ni?

Kerjaku membuatkan bubur ayam untuk Jeongwoo tergendala sebentar. Dah hari kedua lelaki itu sakit. Dan mengadanya, ya ampun!

Suap.

Urutkan tangan.

Meracau.

Aku ni tetamu ke penjaga bayi?

Segera aku membuka selak kunci sebelum terpancul satu wajah wanita cantik dihadapanku.

Siapa minah ni?

" Yeena? " Soal wanita itu. Aku menggulingkan mata keatas sebelum menggeleng.

" Taklah. Aku bukan Yeena. Kau ni siapa? " Soalku, kasar. Dan wanita itu menghela nafas lega dengan kuat.

" Aku dah agak. Takkanlah Yeena hidup semula kan? Kau ni siapa? "

Wanita dihadapanku ini berubah watak menjadi kasar. Aku tertawa dalam hati.

Kalau aku cakap aku ni Yeena, minah ni lari tak agak-agak?

" Aku siapa? Baik aku tanya kau pulak. Kau tu siapa? "

" Aku Lee Hyejun. Mana Jeongwoo oppa? Kau pulak? Kenapa kat rumah dia? Kau perompak eh? " Matanya mengecil lantas menundingkan jari telunjuknya padaku.

Oh Lee Hyejun.

Inilah gadis yang Jungwon ceritakan tu?

Yang tergila-gilakan Jeongwoo?

" Jeongwoo? Dia ada kat dalam tu. Terbaring sak-- "

" OPPA !!! "

Terus badanku ditolak dan minah tak tahu malu ini berlari masuk kedalam. Aku mengaduh apabila punggungku terhentak pada lantai. Eh eh minah ni!

Aku selalu manjakan badan aku dengan sauna dan mandian spa, semudah itu dia tolak aku?

Dan gadis itu terus berlari ke bilik Jeongwoo. Tanpa adab, dia menolak pintu itu dan melangkah masuk.

" Oppa! Oppa sakit ke? Macam mana boleh demam?! " Terjahnya. Segera dahi Jeongwoo disentuh begitu sahaja. Aku memandang dibelakang dengan kerutan didahi.

Aku memanglah kasar macam ni.

Tapi adab masih ada.

Jeongwoo tengah demam tu, kau boleh main sentuh gitu.

Dan lelaki Park itu nampak terkejut lantas memandang mataku meminta penjelasan. Aku hanya mengangkat bahu.

Bukan aku yang ajak masuk dalam.

Kaki dia yang terlebih gula, main serbu rumah orang.

" Hyejun buat apa kat sini? " Soal Jeongwoo, lemah. Suaranya masih serak. Syukurlah suhu dia dah turun sikit.

Ehem.

Tengoklah siapa yang jaga.

" Hyejun dapat tahu oppa sakit. Oppa demam lagi ke? Hyejun bawa bubur ni. Oppa makan ya? " Serentak satu bekal makanan dikeluarkan daripada begnya. Penutup dibuka dan terpampang bubur ayam.

Jap...

Aku pun masak bubur tau!

Pahal minah ni nak bawa bubur jugak?!

" Hyejun suap ya? Aaaa.. " Hyejun menyua satu sudu penuh bubur ke bibir Jeongwoo. Namun, lelaki ini masih tidak membuka mulutnya dan matanya mengerling kearahku yang masih berdiri kaku didepan pintu.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now