Chapter 1 | Hujan

280 15 4
                                    

Hujan yang lebat menyembah bumi lansung tidak menghalang kaki panjang milik Nazmeen Zuhayr melangkah laju keluar dari perkarangan sekolah. Langkahnya berhenti di tempat menunggu yang memang disediakan oleh pihak sekolah.

Rambut hitamnya yang basah kerana air hujan disebakkan ke belakang. Tangan naik meraup wajah. Tali leher dilonggarkan kasar sebelum kesemua butang baju sekolahnya dibuka mendedahkan singlet putih di dalam.

Turun naik dada nya mencari nafas setelah penat berlari dari padang sehingga ke sini. Beg dibahu diletakkan di atas kerusi besi yang tersedia. Tangan tidak henti mengibas baju yang dipakai cuba untuk mengeringkan baju sekolahnya.

"ah.. damn areeq.. aku jumpa kau esok siap kau"
Mulut mengomel perlahan melepaskan amarah apabila mengingatkan seketul Areeq Zafriel yang sengaja meninggalkannya.

Dahlah kau rembat kunci motor aku

Iris Hitam itu mendongak melihat langit yang mencurahkan air hujan tanpa henti seraya tangan membuka tali leher yang tergantung. Baju sekolahnya yang sudah lencun juga dibuka meninggalkan singlet putih di tubuh tegap itu.

T-shirt jersey di dalam beg dicapai. belum sempat t-shirt itu disaukkan ke tubuh tegapnya, terhenti pergerakkan Nazmeen apabila iris hitam menangkap tubuh seorang budak lelaki yang terkaku menatapnya.

"erk.."
Nazmeen terkaku tidak pasti mahu bereaksi apa apabila budak lelaki itu tidak lepas memandangnya dengan botol air boboiboy di tangan.

"abang tak malu.."

Setepek kau bagi ye dik
Ternganga Nazmeen dibuatnya apabila mendengar sebaris ayat dari bibir budak lelaki itu. Terus t-shirt disaukkan dengan betul ke tubuh tegapnya.

Budak lelaki itu bergerak mencapai beg nya yang berada berdekatan dengan beg Nazmeen. Tanpa menghiraukan Nazmen, kaki pendeknya melangkah menjauhi tubuh Nazmeen yang masih melihatnya.

Nazmeen menggeleng kecil. Rambut hitamnya yang lembap disebakkan ke belakang lalu tangan memasukkan baju yang basah tadi ke dalam plastik. Handphone di dalam pocket dikeluarkan sebelum anak mata menatap screen Handphone yang tertera masa.
3:15 pm

Berkerut dahi Nazmeen sebelum Iris nya kembali melihat budak lelaki tadi. Budak lelaki itu leka menghirup air dari botol boboiboy miliknya. Tubuh kecil itu masih mengenakan baju tadika bermakna budak ini berumur dalam linkungan 5 atau 6 tahun.

Tahulah dia bahawa budak lelaki ini masih lagi tadika. Makin berkerut dahi Nazmeen tatkala jam sudah menunjukkan pukul 3:15 petang sedangkan setahunya budak tadika pulang pada 12 tengahari tadi.

"dik !"
Laung Nazmeen sedikit kuat memandangkan budak lelaki itu jauh darinya.
Budak lelaki tersebut menoleh melihat Nazmeen dengan mulut mengembung dipenuhi air.

Nazmen membuat isyarat tangan mengisyaratkan agar budak lelaki tersebut mendekatinya.

Budak lelaki itu akur. Dia melompat turun dari kerusi besi lalu kaki pendeknya melangkah mendekati tubuh Nazmeen.

Nazmeen menundukkan sedikit tubuh bagi menyamai paras budak lelaki itu. Iris hitam melihat tag nama di baju tadika berona merah yang dipakai.
"Nafael Rizqi ?"

Budak lelaki bernama Nafael itu mengangguk mengiyakan. Wajahnya mengukir senyuman manis bersama botol air di tangan. Terselah dua belah lensung pipit di pipi nya yang mengembung.

Nazmeen menepuk tempat disebelahnya mengisyaratkan Nafael agar melabuhkan duduk di situ.

Nafael menatap polos wajah tampan Nazmeen. Botol air di pegangan di letakkan dahulu sebelum tubuhnya terkial kial hendak naik ke atas kerusi.

Candra Where stories live. Discover now