Chapter 4 | check list

204 13 2
                                    

"AllahuAkhbar AllahuAkhbar"

Di saat ramai penghuni yang masih lena diulit mimpi.

"Asyhadu alla illahaillallah"

Berdirinya keluarga kecil ini.

"Asyhadu anna Muhammadar rasulullah"

Menghadap kiblat di dalam saf.

"Haiyaalas solah, Haiyaalal falah"

Ruangan solat dihiasi laungan Iqamat.

"Qadqamatis solah, qadqamatis solah"

Di dalam gelap dan sunyi pagi

"AllahuAkhbar AllahuAkhbar"

Mereka tenang menghadap Illahi.

"La illahaillallah"

Berehat dari dunia realiti.

(⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠✧⁠*⁠。


"Assalamualaikum warahmatullah"
Salam diberi menamatkan solat subuh berjemaah. Rutin yang diamalkan oleh keluarga kecil ini semenjak Yasmeen kecil lagi.

Biasanya solat ini akan diimamkan oleh En Hilman tetapi memandangkan papa dan mamanya sibuk dengan urusan kerja. Nazmeen sering mengambil alih mengimamkan kakaknya jika kakaknya berada di rumah sewaktu abang iparnya bekerja.

Lain pula jika dia berseorangan di rumah. Dia lebih gemar berjemaah di surau berdekatan berbanding menunaikan solat sendirian. Rutin yang diajar dari kecil ini membuatkan dia sudah biasa solat subuh secara berjemaah.

Tangan naik meraup wajah sebelum tubuh dikalih melihat wajah sang kakak yang menjadi makmum di belakang.

Bait bait zikir mula meniti di bibir nipis milik Nazmeen Zuhayr. Tangan menggerakkan manik tasbih di tangan.
"Subhanallah Subhanallah"

Yasmeen turut mengerakkan bibir mengikut bait zikir yang meniti di bibir sang adik bersama tasbih digital yang elok tersemat di jari.

Sesekali iris Hitam melihat cincin yang tersemat di jari manis. Mengingatkan dia pada sang suami yang jauh di hutan belantara. Menjalankan tanggungjawab menjaga negara.

Nuqman yang lengkap berbaju melayu tersengguk sengguk menahan kantuk. Tetapi bibir tetap dipaksa berzikir biarpun tidak jelas.

Nazmeen yang melihat si kecil itu tersenyum nipis. Tangan menarik tubuh kecil itu supaya melabuhkan duduk di ribaannya.

Nuqman akur tanpa bantahan dengan mata kuyu nya yang bila bila masa sahaja boleh terlelap. Tubuh diselesakan di atas ribaan Nazmeen.

Setelah hampir 10 minit berzikir. Nazmeen mula menadah tangan mengetuai bacaan doa. Nuqman yang sudah terlelap di ribaan nya dibiarkan.

"Bismillahirrahmanirrahim"

Maka ruangan solat itu dihiasi bacaan bait bait doa dari dua ulas bibir Nazmeen. Jelas rintihan doa memohon keampunan dan keberkatan Sang Pencipta. Tidak dilupa juga kalimah kalimah yang memuji Sang Penguasa langit dan Bumi.

Rutin harian keluarga kecil ini setiap pagi. Menunaikan solat jemaah biarpun diri sibuk dengan hal duniawi.

(⁠'⁠∩⁠。⁠•⁠ ⁠ᵕ⁠ ⁠•⁠。⁠∩⁠'⁠)

Candra Where stories live. Discover now