Chapter 9 | Tuhan

160 11 2
                                    

Anak mata cantik milik Nisha Nadira menatap helaian kertas di tangan. Tubuh abangnya di hadapan dihiraukan.

Iris hitam itu ligat membaca satu persatu tulisan di helaian kertas berona putih.

"along ambil ?"

Naqib mengangguk seraya melabuhkan duduk.
"hm.."

"umi abah ?"
Anak mata masih menatap helaian kertas.

"umi n abah ada meeting haritu. tak sempat datang. alang alang along free along amik kan lah."

Sepi. Suasana di dalam ward itu sepi tanpa suara. Hanya kedengaran suara gelak tawa keluarga pesakit yang lain.

Nisha meletakkan kertas yang tertulis keputusan SPM nya di atas meja. Senyuman nipis terukir di wajah.
"Orang ngantuk.. Orang nak tidur jap"

"Nisha"

Tidak mengendahkan seruan sang abang. Tangan ligat membetulkan bantalnya.
"along tolong bagi ni dekat umi dengan abi. Cakap kat diorang. orang minta maaf. minta maaf sebab tak capai ekspetasi diorang."

"Nisha Nadira"

"orang tidur dulu long. tadi nurse bagi ubat. Side effect ubat tu mengantuk. Thank u tolong ambilkan result orang. sorry susahkan along."
Kepala dilabuhkan ke atas bantal. Badan dipusing membelakangi tubuh Naqib Arsyad. Kelopak mata ditutup erat, memaksa diri untuk lena.

Naqib menatap sayu tubuh adiknya yang diselubungi selimut. Selimut putih itu dibetulkan sebelum tangan naik mengusap pundak kepala yang berbalut tudung sarung.
"You did great adik. I'm proud of u. Along balik dulu. Kalau ada apa apa call along."

Sepi, tiada balasan dari Nisha.

Naqib menghela nafas lemah. Kaki panjangnya menapak keluar dari ruang Ward.

Sepi. Tangan Nisha naik menggenggam erat selimut yang menyelemuti dirinya. Perlahan, Air mata menitik jatuh membasahi pipi. Bibir dikemam mengelakkan dari esakkan terkeluar. Gusar jika pesakit lain mendengar esakkannya.

Gelak tawa pesakit lain yang ditemani keluarga di sisi menyapa pendengarannya. Tangan naik menekup telinga. Menghalang suara itu dari terus terusan menghentam deria pendengarannya.

Tuhan, aku merayu.
Andai rasa ini dapat aku jelaskan melalui kata kata.
Tunjukkan aku.
Bagaimana aku mahu ucapkannya.
Kerana semakin lama, rasa torehan ini semakin sakit.

Lama. Lama tubuh kecil ini berselubung di dalam selimut cuba untuk menenangkan diri. Terhenjut henjut tubuh kecil ini menahan esakkan dari terlepas.

(⁠ ⁠T⁠_⁠T⁠)⁠\⁠(⁠^⁠-⁠^⁠ ⁠)

Nazmeen menapak mendekati katil pesakit yang berada di hujung. Paperbag di pegangan dipegang erat.

"hiks"

Terhenti langkah apabila telinga menangkap esakkan kecil dari katil yang berada di hadapannya. Anak mata menatap tubuh yang berselubung dalam selimut. Jelas dia dapat lihat tubuh kecil itu menggigil kecil.

Wajah yang tadinya ceria dengan senyuman terus menatap redup tubuh yang membelakanginya.

Paperbag ditangan diletakkan perlahan di atas meja di sisi katil. Tangan naik menarik lembut langsir agar menutupi ruangan itu. Membiarkan gadis itu melepaskan esakkan walaupun jelas si gadis cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan bunyi.

Pesakit lain yang melihatnya pelik diberikan senyuman manis tanda tiada apa. Tubuhnya bersandar di dinding. Tangan naik memeluk tubuh. Tiada niat hendak menegur si gadis. Biarlah dia di sini, tiada niat hendak menapak pergi.

Candra Where stories live. Discover now