chapter 7 | Nisha

166 13 0
                                    

Yasmeen menatap wajah adiknya yang berada di atas pentas saat ini. Berkerut dahi melihat wajah yang sentiasa tenang itu seakan menyimpan satu rasa.

Iris hitam menangkap tangan yang sedang memegang mikrofon itu menggigil kecil.

Bacaan surah AlFatihah diaminkan oleh semua tetamu yang hadir. Nazmeen meletakkan mikrofon kembali sebelum kaki melangkah perlahan ke belakang dewan.

Yasmeen hanya melihat tubuh adiknya kembali duduk di sisi. Melihat wajah yang tadinya tenang seolah sugul menerbitkan rasa sangsi dalam diri.
"Naz"

Tersentak Nazmeen apabila diseru kakaknya.
"hm"

"are you okay ?"

Nazmeen mengangguk seraya tersenyum nipis.

Tipu.
Dia Tipu.
Dia tak okay.
Sejujurnya dia tak okay.
Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak mengekpresikan rasa yang hadir ini.

Apa yang dia tahu,
hatinya sakit mengenangkan gadis itu saat ini berada di hospital.

Apabila iris hitam melihat tubuh Areeq yang leka mengambil gambar Raudhah di luar dewan, terus kakinya menapak mendekati.

"posing del"
"tengah posing lah ni"
"senyum lah sikit"
"ishh panaslah reeq !"

Semakin dekat, semakin jelas perbualan mereka menghentam gegendang telinga.

"Areeq"

Areeq yang tadinya bersungguh menangkap gambar Raudhah menoleh melihat gerangan yang menyerunya.
"oh Naz. hah asal aku tengah tangkap gambar awek ni"

Raudhah yang mendengar menggulingkan biji mata menyampah.

Nazmeen melihat Raudhah yang cemberut kerana matahati tegak di atas kepalanya. Ditambah lagi dengan Areeq yang tidak henti henti mengambil gambarnya.
"hai Raudhah"

Raudhah hanya tersenyum nipis seraya tangan naik melambai ringkas.
"hai"

"reeq aku nak cakap dengan kau jap"
Pinta Nazmeen perlahan.

Areeq berkerut nipis. Iris Hitam menatap wajah Nazmeen. Sempat tangannya menarik lengan baju Raudhah agar berdiri di tempat teduh.
"apadia"

Tangan Nazmeen naik mengusap belakang leher cuba menghilangkan rasa kekok. Sedikit kekok apabila Raudhah merenungnya tidak lepas.

"erm nak aku masuk dulu ke ?"
Soal Raudhah apabila melihat Nazmeen seolah tidak selesa dengan kehadirannya.

Nazmeen menggeleng. Gusar jika Raudhah rasa dirinya tidak dialu alukan. Tetapi dia malu untuk menyuarakan soalannya apabila Raudhah di sini.

come on Naz.
Bukannya Raudhah nak makan kau.
okay u got this ! DEMI NISHA !
eh.

"aku nak tanya pasal Nisha"

Terhenti pergerakkan Raudhah yang tadinya membetulkan bajunya. Iris Hitam kembali naik menatap wajah Nazmeen.

Areeq yang berada di sisi hanya beriak tenang. Tangannya menarik sedikit tudung Raudhah yang tadinya terbang ditiup angin.

"pasal tu ke ?"
Soal Raudhah. Sedikit pelik apabila jejaka dihadapannya ingin menyoal tentang Nisha Nadira. Sedangkan dia tahu jejaka ini tidak pernah mengambil tahu hal orang.

"hm"

"Nisha.."
Belum sempat Raudhah membuka mulut. Bunyi mikrofon jelas menghentam telinga mereka.

Candra Where stories live. Discover now