chapter 5 | terakhir kali

208 9 0
                                    

Alunan zikir bergema di dalam surau sekolah. Jelas dilihat pelajar pelajar lengkap berbaju melayu sekolah berdiri di dalam saf. Bersedia untuk menunaikan solat sunat Hajat berjemaah.

"AllahuAkhbar"
Suara maskulin milik Nazmeen nyaring melaungkan takbir disertai dengan jemaah di belakang.

"Bismillahirrahmanirrahim"

Maka surau yang berona putih itu dipenuhi dengan pelajar pelajar tingkatan 5 yang bersama sama berjemaah menyembah Sang Pencipta memohon keampunan dan kemudahan sebelum menjejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan.

(⁠'⁠∩⁠。⁠•⁠ ⁠ᵕ⁠ ⁠•⁠。⁠∩⁠'⁠)

"AllahuAkhbar"

Laungan takbir dari Nazmeen Zuhayr diikuti oleh pelajar tingkatan 5 yang hampir mencecah dua ratus orang sebelum dahi mula bersujud syukur di lantai dewan peperiksaan. Masing masing mula memejam mata meluahkan rasa setelah menamatkan kertas peperiksaan yang terakhir.

Ada segelintir yang mula mengalirkan air mata memohon agar doanya dalam sujud itu ditunaikan. Memanjatkan kesyukuran kepada Illahi setelah diri bersusah payah.

Pada saat diri ini sudah berjuang habis habisan.
Hanya dengan doa dapat diri ini sandarkan.

Berserah.
Tawakal pada Yang Esa.

Terus menerus memohon agar apa yang dilalui selama ini membuahkan hasil.
Memohon agar segala pengorbanan ini dapat melahirkan rasa syukur.
Memohon agar pada akhirnya, perjuangan ini sampai pada titik terakhir dengan jayanya.

Semua yang berada di dalam dewan peperiksaan saat ini membawa harapan yang tinggi.

Mengharapkan senyuman di wajah sang ibu dan ayah.
Mengharapkan diri ini menjadi sebuah kebanggaan.
Mengharapkan sebuah amanah yang dipikul menjadi nyata.

Mengharapkan serangkap nama yang terukir di nametag ini, diseru untuk naik ke pentas.

Mengharapkan perjuangan selama 10 tahun persekolahan ini, diakhiri dengan senyuman kebanggaan di wajah.

Dan pada akhirnya,
tamatlah perjuangan zaman persekolahan mereka.

(⁠人⁠*⁠'⁠∀⁠`⁠)⁠。⁠*゚⁠+

Iris Hitam milik Nisha Nadira menatap kertas di tangan. Setiap rangkap ayat yang ditulis kemas menyapa pandangannya.

Buat kamu yang diri ini hormati,

Nisha Nadira, artinya malam yang berharga.

Nadira, bak makna nama mu. Kamu itu berharga. Di saat diri ini melihat anak mata itu. Dapat saya lihat segala penat lelah yang tersimpan di sebalik sepasang anak mata cantik milik awak. Tetapi senyuman yang terukir cantik di bibir menutup segala resah. Antara sebab mengapa diri ini menyimpan rasa kagum pada awak.

Nadira,
maafkan diri ini kerana sudah terjatuh pada awak. Maafkan saya kerana sering kali mengagumi awak. Maaf, tetapi hati ini milik Tuhan. Saya hanyalah insan biasa yang tidak tahu akan perancangan Tuhan. Andai rasa ini benar, mungkin Dia ada perancangan yang lebih hebat buat kita.

Buat masa ini, biarlah saya menyimpan rasa ini. Biarlah saya meluahkan rasa ini pada Sang Pemilik Hati. Biarlah hanya Dia tahu rasa yang terbuku ini. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Nadira,
Andai kita dipertemukan semula,
dan perasaan ini masih kekal di dalam hati,

Jika diizinkan oleh Allah,
Saya akan menjadikan awak sebagai makmum saya di setiap solat kita.
Saya akan menjadikan awak sebagai wanita yang saya sanjungi selepas insan yang bergelar ibu.

Candra Where stories live. Discover now