chapter 6 | harapan

173 11 0
                                    

Pintu pagar kecil rumah dibuka sebelum kaki menapak masuk ke dalam. Tubuh tegap itu masih lengkap berbaju melayu bersama kain pelekat dan kopiah di kepala.

Kaki panjang miliknya melangkah ke kolam ikan milik sang ibu. Makanan ikan yang memang tersedia dicapai sebelum tangan mula melempar makanan tersebut sedikit demi sedikit.

Anak mata menatap ikan ikan yang berebut rebut mencapai makanan.

"meoww"

Kepala menoleh ke kiri apabila kaki merasakan geselan bulu. Jelas terlihat si bulus leka menggesel di kakinya.

"meoww"

Terukir senyuman di wajah apabila anak mata si bulus terkebil kebil ke arahnya.

"morning afi, nak makan jugak ke ? bukan naz dah bagi ke tadi"

"meoww"
Si bulus yang digelar afi itu masih menggeselkan tubuh ke kaki Nazmeen. Sekejap tubuhnya masuk di antara kain pelekat berona hitam itu sebelum kembali mengeluarkan kepala.

"Ya Allah budak ini.. nak wet food ke ?"

"meow"

meow tandanya betul. Itu pendapat Nazmeen.

Nazmeen mengukirkan senyuman. Tubuhnya mencangkung menyamakan parasnya dengan si bulus. Tangan yang tadinya memberi makan ikan beralih mengelus bulu lebat afi.

"mengada. macam nuq"

Tubuh montel itu diangkat lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Kaki menapak ke pantry yang menempatkan segala makanan si afi.

Sebelah tangan mengendong si bulus manakala sebelah lagi mencari makanan basah milik afi.

"tinggal satu lah fi.. u lucky today"

Punggung melabuhkan duduk di lantai. Tubuh tegapnya bersandar pada kitchen top bersama afi di riba. Tin berjenama fancy feast yang berona hitam dibuka sebelum dituang ke dalam bekas khas yang terukir nama afi.

Si bulus terus turun dari ribaan Nazmeen dan menghadap makanan kegemarannya.

"meoww"

Nazmeen tersenyum melihat afi yang leka menjamah makanan. Tangannya tidak henti mengelus lembut bulu lebat kucing parsi itu.

Suasan sepi, jarum jam yang baru berdetak pada angka 7:30 pagi membuatkan rumah banglo mewah itu senyap sunyi tanpa bunyi mahupun cahaya.

Nazmeen diam menatap afi di sisi. Tidak terkesan dengan keadaan rumah yang sunyi sepi. Dia tahu, hanya dia yang berada di rumah saat ini, jadi tidak heran jika rumah mewah ini seolah olah tidak berpenghuni.

Terbiasa,
meluangkan masa sendiri,
ditemani si bulus yang kerap kali hilang dari pandangan.

Cari girlfriend lah tu.

Afi,
Walaupun makanan afi mencecah puluhan ringgit,
which is super expensive by the way.
Tetapi pada akhirnya, afi sahaja yang berada di sisi.
Menemaninya di kala sepi.

(⁠ㆁ⁠ω⁠ㆁ⁠)

Hujan merinik lebat jatuh membasahi bumi. Tika ini, tubuh kecil milik Nisha Nadira masih lengkap dalam sepersalinan telekung.

Dia duduk berteleku di atas sejadah berpeluk lutut seraya anak mata menatap hujan lebat yang menghentam bumi.

Handphone dibiarkan di atas katil, tiada tanda tanda bahawa dia akan mencapainya. Saat ini, dia hanya mahu merenung hujan.

Membiarkan bunyi hujan menghentam kuat gegendang telinga. Membiarkan hujan menarik perhatiannya dari terus terusan memikirkan pelbagai benda.

Keadaan bilik yang berona putih itu sedikit berantakkan dengan buku buku latihan yang penuh di atas meja dan katil. Katil pula dibiarkan berselerak.

Candra Where stories live. Discover now