chapter 14 | fear

149 13 2
                                    

Dewan Konvokesyen Universiti Putra Malaysia dipenuhi dengan para ibu bapa yang sibuk mencari tempat duduk masing masing.

Kereta Perodua Myvi berona putih milik Nisha Nadira terletak elok di tempat letak kenderaan awam yang disediakan buat para tetamu.

Nisha yang berada di dalam kereta hanya menatap sepi suasana universiti yang dipenuhi orang.

Handphone di tangan digenggam erat.

"taknak lah Raud. aku nak baliklah."

"astaghfirullahazim nisha nadira ! kau dah sampai kan. turun je lah."
Raudhah yang berada di corong telefon mengucap panjang.

"takuttt.. kau pun asal tak tunggu aku."
Di marahnya pulak si Raudhah.

"eh kau ni. tulah semalam aku offer pergi sama sama taknak. kau kata kau boleh drive sendirilah. ni nak marah kita pulak."
Bebel Raudhah geram.

"Rauddd datanglah sini ambil akuuuu."
Pinta Nisha meleret.

"takleh weh aku dengan Ibu Areeq ni. Aku kene jaga handbag ibu. ibu pergi bawak Zara pergi toilet."

"huaaa rauddd."
Merengek Nisha kesal.

"kau call lah Naz. manatau dia ada dekat situ."

"tapi raud..."

Tut. Talian terputus.

"huaaaa Raudhah !!"
Nisha memandang sepi telefon di tangan.

"issokay Nisha. You can do this."
Nafas diambil cuba untuk meraih kekuatan.

Handbag disangkut bahu sebelum tubuh kecil itu keluar dari perut kereta. Pintu ditutup lalu punat lock ditekan.

Dengan lafaz bismillah. Kaki mengorak langkah masuk ke dalam ruangan lautan manusia.

Yes. She can do this !!

fighting nisha !!.

Bibir tidak henti berzikir ringkas. Cuba untuk menutup rasa resah di dada apabila dia perlu melalui lautan manusia seorang diri.

。⁠*゚⁠+

"umiii tsk..."
Nisha mengemam bibir menahan esakkan. Tubuh kecilnya sudah selamat terduduk di ceruk bangunan. Jauh dari kesesakkan orang ramai.

Dia sangka dia sudah dapat atasi ketakutan ini. Nyatanya dia salah. Dia masih.. takutkan keramaian.

Saat ini, mindanya kosong. Dia tidak tahu hendak menuju ke mana. Tubuh kecil itu berpeluk tubuh meringkuk sendirian di penjuru bangunan.

Tersentak kecil Nisha apabila telefon di dalam genggaman berdering menandakan ada panggilan masuk.

Anak mata menatap skrin telefon. Jelas tertera sebaris nama Nazmeen Zuhayr di paparan skrin.

Punat accept ditekan sebelum telefon itu dibawa ke telinga.

📞 Nisha Nadira

Lembut suara Nazmeen menyapa pendengarannya membuatkan diri yang tadinya menahan esakkan semakin hiba.

📞 Nisha Nadira.. answer me if u can hear me..

Lembut. Cukup lembut suara garau itu. Seolah olah cuba untuk memujuknya.

"Naz.."
Perlahan suara Nisha membalas.

Dapat Nisha tangkap keluhan lega dari corong telefon.

📞 Nisha.. tell me.. kau kat mana sekarang ?

Nisha menggeleng seraya mengemam bibir kuat.
"aku taktau.."
Esakkan kecil mula terbit di bibir apabila sedar dia lansung tidak tahu keberadaannya.

Candra Where stories live. Discover now