chapter 12 | bday party

196 13 4
                                    

Areeq meneguk air sirap yang berada dalam gelas di pegangannya. Anak mata meliar melihat tubuh sang adik yang leka bermain dengan Raisya.

Gusar jika si kecil itu berasa asing memandangkan dia tahu Zara tidak suka tempat keramaian.

Budak tu nampak je brutal.
mengado sebernanya.

"Nisha ! tolong ambil brownies kat dapur."

"okay !"

Tersentak tubuh Areeq apabila sebaris nama itu menyapa gegendang telinganya. Tubuh yang tadinya duduk tenang menegak bersama reaksi terkejut melihat sekujur tubuh melangkah masuk ke ruangan dapur.

"Nisha ?"

Nisha menoleh apabila namanya diseru. Membulat matanya melihat Areeq yang seolah terkejut melihatnya.
"Assalamualaikum Areeq."
Tangan diangkat melambai ringkas seraya kaki kembali menapak ke arah kotak brownies bersama piring di tangan.

Areeq yang masih dalam mood terkejut hanya mengikut setiap pergerakkan tubuh Nisha Nadira seraya bibir dengan perlahan membalas ucapan salam gadis itu.
"Walaikumusalam"

"kenapa pandang aku macam tu ?"
Soal Nisha, tidak selesa apabila Areeq terus terusan menatapnya.

"nisha ! asal aku dah lama tak nampak kau ?!"

"eh yekee"
Soal Nisha sambil tangan ligat mengalihkan setiap ketulan brownies ke atas pinggan.

"yerrr omg sha ! you look.. different."
Teruja suara Areeq menyapa gegendang telinga Nisha.

"what do you mean different Areeq ?"

"you giving out that 'muslimah' vibes. you know what i mean. sejak bila kau pakai abaya ?"
Anak mata Areeq tertumpu pada Abaya berona light pink yang tersarung di tubuh Nisha Nadira.

Nisha tersenyum manis. Sejujurnya kebelakangan ini dia lebih suka mengenakan abaya berbanding seluar.
"ntah.. I'm in my abaya era kot."

Areeq mengangguk mengerti.
"faham.. jom teman aku lepak weh. aku ada banyak benda nak tanya kau ni !."

Nisha tertawa kecil melihat Areeq yang sepertinya terlalu teruja melihatnya.
"Sabar ye En Areeq Zafriel bagi saya letak brownies ni kat depan dulu lepastu saya melayan anda."

Areeq membuat tanda okay. Kaki melangkah mengikuti langkah Nisha dari belakang.

Tersentak tubuh Areeq apabila tubuh Nisha dihadapannya berhenti dengan mengejut. Hampir hampir sahaja dia melanggar tubuh kecil itu.
"Ya Allah sha. kau kenapa."

Sepi tiada jawapan dari gadis ini. Areeq berkerut pelik apabila Nisha seolah olah terkaku. Anak mata melihat susuk tubuh yang berada di hadapan gadis itu saat ini.

Membulat matanya melihat susuk tubuh tegap yang cukup dikenali.
"weh Naz !!"

Laungan Areeq menyentakkan Nazmeen yang leka menatap wajah jelita Nisha Nadira. Nisha turut mengalihkan pandangan dari terus terusan hanyut dalam tatapan redup itu.

Shawl di kepala dibetulkan menutup rasa kekok apabila bertentang mata dengan jejaka yang bergelar Nazmeen Zuhayr ini. Jejaka yang pernah menjadi penghuni di hatinya.

"kau kata tak datang ?"
Areeq merangkul bahu Nazmeen seraya tangan naik menumbuk ringkas bahu itu.

"taktau pulak kawan Nuq tu adik Raudhah."
Balas Nazmeen ringkas seraya anak mata masih berdegil hendak melirik ke arah gadis yang berada di hadapannya tika ini.

Candra Where stories live. Discover now