chapter 10 | dimiliki

171 8 0
                                    

beep beep beep

Bunyi mesin scanner menghentam gegendang telinga Nisha tetapi anak mata masih ligat tertumpu pada buku di hadapan.

Dibiarkan Raudhah yang sibuk mengimbas kod barangan yang dibeli pelanggan.

"Terima Kasih, datang lagi."

Ye sekarang ni dia berada di Bakery tempat seketul Raudhah Adelia bekerja. Menemani gadis ini menjalankan shiftnya sebagai cashier.

"Nisha"
Setelah selesai melayan pelanggan yang membuat pembayaran. Tubuh Raudhah berpusing menatap Nisha yang berada di belakang kaunter.

"hm"
Nisha mengumam seraya anak mata masih meneliti buku di hadapannya.

"boleh tak esok datang rumah ?"

"pukul berapa ?"

"kau datang awal lah. tolong ibu"

"yelah pukul berapa cik Raudhah sayang"
Muka surat buku dihadapannya diselak.

"pukul 10 datang tolong. majlis pukul 1 sampai 5."

"hm eh tapi esok pukul 4:30, Fael ada kelas mengaji kat rumah."
Wajahnya naik menatap raut wajah Raudhah.

"alahh 5:30 takleh ke."

"takleh umi kata dah set dengan orang yang ajar ngaji tu. Umi suruh aku teman dia sebab umi and abah keluar esok."

"takpelah aku suruh Areeqah tolong esok."
Pinta Raudhah seraya tangan mengambil Handphone di sisi sebelum jarinya menari nari di atas papan kekunci hendak memaklumkan pada 'Areeqah'

Nisha tertawa kecil sebelum mengangguk akur. Anak mata kembali meneliti setiap tulisan di buku sebelum tangan mencatit nota nota penting.

"Nisha..kau ni tak penat ke tengok buku ? tengah cuti sem pun kau hadap buku dah kenapa"
Soal Raudhah bersama kerutan di wajah. Bukannya dia tidak perasan sejak dia mula shift sehingga dia hampir tamat shift lagi gadis ini asik menatap buku.

Punyalah payah dia pujuk Nisha teman dia shift harini. Ingatkan boleh tarik perempuan ni dari study.
LAH DIA BAWAK SEKALI BUKU DIA.

"nak berjaya, kenelah berkorban sikit."
Ringkas Nisha membalas tetapi cukup mendalam.

Raudhah menayangkan riak tidak puas hati.
"Baiklah Doktor Nisha Nadira"

"correction. Future doctor ye. Doctor Raudhah Adelia"

"OMMO DOC SOUNDS SO NICE WITH MY NAME. tak sia sia aku sambung medic sampai nak naik gila tengok buku."
Bersinar anak mata Raudhah memikirkan gelaran doktor yang akan disandang.

Mereka sekarang sedang menyambung pengajian dalam jurusan kedoktoran di Universiti Putra Malaysia UPM.

Nasib mereka baik apabila mereka sama sama diterima masuk ke dalam Universiti tersebut. Sudah masuk tahun ke 3 semenjak mereka melanjutkan pelajaran bidang yang agak sukar ini.

Tinggal lagi 2 tahun sebelum mereka bakal memegang gelaran sebagai seorang doktor pakar bedah.

Nisha menggulingkan mata menyampah melihat perubahan mood Raudhah. Sudah biasa dengan mood roller coaster Raudhah Adelia.

"buat kerja Raudhah. Tahulah bakery ni makcik kau punya tapi jangan curi tulang. kau tu pekerja je."

Membulat anak mata Raudhah mendengar teguran Nisha.
" Woi ! Nisha ! diamlah."
Anak mata melilau ke sekeliling, gusar jika ada pekerja lain mendengar bicara Nisha Nadira.

Candra Where stories live. Discover now