chapter 17 | utusan

155 15 5
                                    

Nisha menyisir rambut panjangnya rapi. Lotion disapu dileher membuatkan hidung diterpa haruman mawar.

Langsir bilik dibuka sebelum diikat rapi.

Handphone yang berdering kuat mengalihkan perhatian Nisha. Berkerut wajah apabila tertera sang umi di panggilan.

Punat accept ditekan sebelum handphone ditekapkan ke telinga.
"Assalamualaikum umi."

📞 Walaikumusalam kakak..harini busy ke ?

"erm harini kakak ada kelas petang tapi busy jugaklah nak buat assignment and revision sikit. Kenapa umi."
Tenang Nisha menyoal seraya melabuhkan duduk di kerusi belajar.

📞 umi nak jumpa kakak ni. ada benda nak cakap. Umi pergi uni kakak eh.. kita jumpa kat cafe sana.

Berkerut wajah jelita Nisha dibuatnya.
"eh nak cakap apa umi. cakap kat sini je lah."

📞 takleh benda ni serius.

"pelik pelik je umi ni."

📞 okaylah umi nak bersiap dulu lepasni umi sampai umi call kakak eh..

"okay hati hati drive umi. Assalamualaikum."

📞 Walaikumusalam.

Panggilan ditamatkan. Nisha meletakkan handphone miliknya diatas meja seraya minda mula memikirkan hal apa yang umi ingin bicarakan dengan dia sehingga umi sanggup datang ke mari.

Bibir terkumat kamit membaca doa seraya tangan membuka buku buku yang bersepah di atas meja.

.⁠。⁠*⁠♡

Terkocoh kocoh langkah kaki Nisha menuju ke kafeteria apabila menerima panggilan dari Puan Darin mengatakan bahawa wanita itu telah tiba.

Leher dipanjangkan mencari susuk sang umi sebelum tertacap pada tubuh sang adik yang sedang membeli air.
"Fael."

Nafael yang baru selesai membayar air memusingkan tubuh melihat sang kakak.
"hai kakak !."

Nisha tersenyum nipis seraya tangan naik menggosok pundak kepala sang adik.
"umi mana ?."

"tuuu."
Bibir Nafael memuncung menunjuk ke arah tubuh Puan Darin.

"kakak pergi kat umi dulu eh. bawak air elok elok."

"okayy."

Langkah kaki Nisha mendekati tubuh Puan Darin.
"Umi.."

"hah kakak."

Tangan sang umi dikucup sebelum Nisha melabuhkan duduk berhadapan dengan Puan Darin.
"umi nak cakap apa yang macam urgent sangat ni ?."

Puan Darin tersenyum manis seraya tangan naik mengelus lembut tangan halus sang anak.
"kakak kenapa tak balik cuti haritu ?."

Terkedu Nisha apabila disoal.
"kakak busy sikit umi. lagipun midsem.."

"kenapa tak minta duit kat abah ?."
Soal Puan Darin.

Nisha mengelakkan mata dari bertentang dengan anak mata sang umi.
"takpe umi.. kakak ada duit."

"kakak.."

Belum sempat Puan Darin melanjutkan kata, Nisha lebih pantas memotong.

"umi.. umi nak cakap apa ?."

Puan Darin menghela nafas lemah seraya tangan menolong Nafael meletakkan air ke atas meja.

"ehh aunty.."

Candra Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz