chapter 2 | Pertemuan

232 14 0
                                    

Nisha yang kemas mengenakan baju seragam sekolah hanya diam menatap wajahnya melalui cermin muka.

Bawah kelopak mata yang kegelapan jelas menunjukkan bahawa gadis ini tidak cukup tidur.

Kelopak mata yang separa buka menjelaskan keletihan yang dialami selama 2 minggu.

2 minggu dia bersenkang mata mengulang kaji pelajaran. 2 minggu dia menghadap kertas periksa yang dipenuhi soalan.

2 minggu dia berlawan dengan rasa takut yang membungkam diri.

Dan harini..
semuanya berakhir.

Rasa lelah yang dirasai selama 2 minggu ini bagai hilang ditiup angin apabila melihat langit cerah membiru.

Setelah sekian lama anak matanya tidak melihat langit. Harini langit seolah olah tersenyum senang ke arahnya.

langit seolah olah menyambut kehadirannya.

Tanpa sedar.. dia turut mengukir senyuman nipis. Senyuman reda.

------------

Nazmeen menghidupkan engine motosikal nya. Helmet dikepala dibetulkan agar terletak elok. Beg sekolah hitam miliknya disandang belakang.

Belum sempat kaki menolak motosikal itu keluar. Bunyi deringan handphone menyentakkan Nazmeen.

Terus tangan mencapai handphone di dalam kocek seluar.

📱Kak Meen

Dahi bersih itu berkerut hairan.
Tak pernah pernah kakaknya seorang itu call pagi pagi buta.

Punat accept ditekan seraya sebelah tangan mencabut helmet di kepala. Handphone dilekapkan ke telinga.

📞 weh dik..

Tanpa salam atau khabar. Kedengaran suara Yasmeen menghentam gegendang telinganya.

"Assalamualaikum kakak gue yang tercinta"

Kedengaran dengusan dari corong telefon. Tahu bahawa adiknya sengaja memerlinya.
📞 Walaikumusalam adikku yang dikasihi

Terukir senyuman senget di wajah Nazmeen. Dia diam membiarkan si kakak menyatakan tujuan asal.

📞 kau nak gi sekolah dah ke dik

Sekali lagi berkerut wajah tampan itu dibuatnya.
"aku takdelah jahat sangat sampai nak serong sekolah kak.."

📞 yelah kau.. koko je rajin serong.

"hamboi helok sikit eh.. aku ni pelajar terbaik kokurikulum tau.."
Bidas Nazmeen membongkak.

📞 ye ye lah kau dik.. ni akak nk minta tolong.

"sejak bila reti mintak permission"

📞 engkau ni kan dik.. aku tarik balik motor tu kang.

Jelaslah Yasmeen cukup hilang sabar melayan kerenah Nazmeen.

"eh jangan gitu kakakku.. ape yang patik boleh tolong tuan hamba ?"

📞 Hamba nak kamu tolong mengambil anaknda hamba di tadika tengahari nanti. Hal ini kerana anaknda hamba terlalu merindui pakcik dia yang mereng ini.

Terletus tawa Nazmeen mendengar perlian si kakak.
"wah.. terharu patik mendengarnya.. baiklah tuan hamba.. patik akan mengambil anaknda tuan hamba di tadika. Kemudian izinkan patik membawa nya ke Mall ye tuan hamba ?"

📞 eh engkau.. bawak balik rumah terus.
Hilang sudah bahasa istana yang digunakan tadi.

"tengoklah cane.. ok bye kakakku.. nk school"

Candra Kde žijí příběhy. Začni objevovat