PROLOG

490 35 8
                                    

MATA saling beradu. Tak berganjak sejak bersua. Bagi Eliza, ini adalah pertemuan terakhir mereka. Maka peluang ini tidak mungkin dia nak disia-siakan. 

"Do you trust me, E?" Garau dan serak suara lelaki ini. Tidak mudah nak mengangkat bendera putih. Akur dengan tekanan ke atas mereka.

Eliza geleng kepala.

Bukan soal percaya atau tidak tetapi tentangan yang maha hebat yang bakal ditempuhi. Nescaya mereka akan parah sebelum memasuki medan perang.

"Jangan buat janji, Q. I terima ini sebagai takdir kita."

Lelaki ini bila berjanji sesukar mana pun akan ditunaikan. Namun, kali ini dia tidak yakin.

"Mudah you terima sebelum berusaha. You lupa dengan janji kita?"

Eliza menggeleng. Dia tak lupa.

"Kita lari. Pergi jauh dari sini." Ayat berbaur desakan terbit apabila dia sekadar diamkan diri.

"Sekadar itu yang mampu you lakukan, Qhairil? Then what? Kahwin lari dapat selesaikan masalah?" Dengan sisa semangat yang hampir terkulai, Eliza sungging senyum.

Terlalu mudah lelaki ini memikirkan penyelesaian kemelut yang mereka hadapi.

Lari. Kemudian apa?

Andai lari itu boleh menyelesaikan kekusutan yang ada, sudah lama dia lakukan. Tak perlu Qhairil cadangkan padanya. Tak perlu sehingga dia diugut.

Realitinya, baru sejengkal mereka mulakan larian semua arah telah dikepung oleh wajah-wajah bengis yang mahukan mereka berpisah. Begitukah pengakhiran cinta mereka? Jadi buruan?

"Demi kebahagiaan semua orang, I mengalah. Kita break up, Qhairil. Kita habis di sini sahaja."

"Betul itu yang you mahu, E?" Qhairil kepal tangan. Menahan gelora hati yang mula berpusar.

Mudah sekali Eliza mengungkapnya. Seolah- olah hubungan mereka selama ini seperti batu kecil yang dikutip di tepi jalan lalu dibaling ke dalam tasik. Dibiarkan karam tanpa pukat untuk diheret ke permukaan.

"Jawab dengan jujur, E."

"Ya, I tak mahu jadi parasit dalam rumah tangga you."

Qhairil tertawa kecil. Rumah tangga itu takkan terjadi tanpa Eliza. Susahkah gadis ini nak mengerti apa yang diluahkan selama ini?

"Please, Qhairil. Kalau you nak I terus bernafas di muka bumi ini, tolong akur dengan mereka. Please..." Rayu Eliza.

Qhairil lepaskan keluhan berat. Sampai ke tahap itu mereka berani mengugut Eliza.

Mengenali ayah. Semua itu tak mustahil. 

"Jangan risaukan I. I'll never lose hope, Q.

Izinkan I selamanya mencintai you."

"Ada jodoh kita akan ketemu lagi. Saat itu I takkan lepaskan you sampai akhir hayat I, E."

DIA E.L.I.Z.AWhere stories live. Discover now