BAB 8

101 10 2
                                    



SEBAIK keluar dari kedai runcit, mata Eliza tertancap pada Qhairil yang sedang bersandar di badan kereta. Kakinya berhenti melangkah.

Qhairil tidak perasan kehadirannya kerana kepala sedang mendongak ke atas dengan telefon berada di telinga.

Seketika kemudian, telefon di tangan Eliza berbunyi.

Eliza menilik skrin telefon. Nombor yang tak dikenali muncul. Kebetulan atau nombor itu milik Qhairil yang sedang menghubunginya. Bahu terjungkit sendiri.

Telefon terus dibiarkan berlagu. Eliza cegat di tempat berdirinya dengan mata memerhati tingkah Qhairil.

Kepala Qhairil yang mendongak tertuju ke unit rumahnya.

Jika benar itu adalah panggilan daripada Qhairil. Bermakna dah berpuluh-puluh panggilan itu dibiarkan tanpa berjawab.

Telefon tiba-tiba kembali diam. Sekilas Eliza tunduk melihat telefon di tangan dan kepala kembali tegak.

Telefon Qhairil beralih dari telinga. Kepala digeleng beberapa kali.

Menyaksikan lagak Qhairil, dahi Eliza berkerut.

Sah! Nombor itu milik Qhairil. Sepagian nombor ini menghubunginya.

Tanpa sedar bibir Eliza membentuk senyum apabila Qhairil bercakap sendirian dengan telefonnya. Apalah nasib telefon itu. Tak pasal-pasal kena bebel. Gara-gara panggilan tak berjawab. Mujur tak dibaling ke dalam longkang.


Dalam bibir hampir mencetuskan tawa, kepala Qhairil berpaling ke arahnya. Eliza jadi kaget. Asyik memerhati lagak orang, dia sudah terperangkap. Tak sempat nak selamatkan diri. Dah terlambat nak menyorokkan diri di sebalik tiang.

Qhairil berjalan menghampiri. Makin dekat, Qhairil melepaskan keluhan kasar. Jari mengesat cecair halus yang muncul di dahi.

"There you are. I've been calling you whole day. Phone you rosak ke?" Ujar Qhairil sebaik sahaja berdiri di depan Eliza.

Eliza kebam bibir dan kepala perlahan-lahan digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Sengaja tak angkat sebab nak mengelak dari I?" Duga Qhairil.

Lagi Eliza gelengkan kepala. 

"Habis tu?"

"I takkan jawab nombor yang I tak tahu siapa." Eliza buka langkah menuju ke tangga. Memang betul pun. Kalau Qhairil masih ingat, dari dulu dia begitu.

Qhairil menderam. Tak terfikir pula nak menghantar mesej kepada Eliza terlebih dahulu. Perkenalkan nombor telefonnya.

"Sekarang you tahu nombor tu nombor I. Save it now!"

"Later." Malas-malas Eliza menjawab. Dia teruskan langkah.

Baru dua langkah, Qhairil bergerak lebih pantas menghalang Eliza. Tak cukup dengan itu tangan didepangkan. Eliza sengaja nak mencabar dia dengan gaya acuh tak acuh. Pertemuan semalam masih berkudis. Sebagai balasan Eliza buat tak endah padanya.

Tak ada orang gila selain dia. Dah tahu panggilannya takkan berjawab. Selagi panggilan tidak menembusi talian dia takkan mengalah. Biar Eliza terganggu dengan deringan tanpa henti itu.

"Tepilah."

"Nope. Not until you save my number." "You ni dah kenapa, Qhairil? You call I ni nak apa?" Eliza berganjak ke belakang. Qhairil ni tak agak-agak jadi benteng di tengah jalan. Sengaja minta dirempuh. Jika di zaman jahiliah dia dahulu, dah lama tubuh Qhairil itu tolaknya. Bukan tolak, sengaja dipeluk.

DIA E.L.I.Z.AWhere stories live. Discover now