BAB 2

170 15 2
                                    

ALUNAN lagu romantis yang kedengaran di seluruh dewan tidak mampu membuai perasaan mereka berdua.

Ada duka yang belum sembuh. Ada jiwa yang diulit resah.

Ada derita yang menyelubungi.

Qhairil tahu semua itu adalah disebabkan dia.

Dia tak cukup kuat untuk pertahankan Eliza.

"Let go of the past, Qhairil. I don't need your sorry." Eliza tidak mahu Qhairil terus menggugah perasaan yang telah lama mereka kuburkan.

"But I need it, E."

"Untuk apa?" Ada tegas pertanyaan yang dilayangkan Eliza. Kenapa sukar Qhairil nak mengerti perasaannya.

Jangan diungkit kisah lalu.

Hanya itu yang dia pinta. Dia tidak mahu melalui episod hati karam di lembah duka lagi.

"Daddy, makan kenyang-kenyang. Malam ni kita tak payah masak." Belum pun sempat Qhairil balas kata, Qhaira muncul bersama dua pinggan nasi minyak

Eliza menghela nafas lega apabila si gadis ini muncul di antara mereka. Memutuskan rangkaian mata yang saling bertaut sejak dia mengangkat kepala.

Akhirnya mata Qhairil beralih pada sang puteri yang membawa makanan untuknya.

"Eh! Auntie nak ke mana?" Tangan Qhaira lebih pantas daripada gerakan Eliza yang hendak bangkit daripada duduk.

"Auntie nak layan mereka." Tak tahu nak beralasan apa. Eliza pandang meja di hadapan dewan. Rakan-rakan sekuliah Erin yang sedang menunggu giliran untuk bergambar dengan pengantin di pentas yang dihiasi pelamin indah.

"Tak nampak auntie makan nasi lagi hari ini. Ni Qhaira dah ambilkan untuk auntie." Pedulikan alasan Auntie Eliza, Qhaira menyua satu pinggan di hadapannya. Siap ada sudu dan garpu di tepinya.

"Qhaira makan dengan daddy." Eliza gelengkan kepala. Dia rela berlapar daripada menjamah makanan di hadapan Qhairil. Walau hampir semua tetamu memuji betapa enaknya hidangan yang dijamu.

"Jamah dulu, auntie. Nanti perut masuk angin." Qhaira pula menggelengkan kepala. Jemarinya masih tak berganjak. Terus memegang lengan Auntie Eliza. Dia tidak benarkan ibu pengantin ini bangun selagi tidak menjamah makanan yang telah diambil.

Eliza kebam bibir. Serba salah apabila didesak begitu.

Si gadis manis ini ibarat dietician sepanjang hari. Sentiasa memastikan dia cukup minum di senggang waktu terluang. Selagi air tak diteguk, Qhaira takkan berganjak.

Eliza tak pernah jumpa manusia yang suka mendesak begini selain Qhairil. Ini versi perempuan. Pendesaknya lebih teruk!

Tak boleh nak elak lagi. Pinggan yang membukit terhidang di hadapannya terpaksalah dia jamah jua. Eliza telan liur. Banyak yang melampau!

Eliza pandang pinggan Qhairil pula. Lebih kurang sama banyaknya. Nak tukar pun, sama sahaja. Belum tentu Eliza dapat habiskan.

"Dia takkan lepaskan you selagi you tak makan, E." Qhairil senyum senget sambil kening terangkat apabila Eliza memandangnya.

"She is so you, Q." Eliza komen dalam hati. Matanya melirik Qhaira yang tersenyum sipu. Tanda kemenangan apabila daddy berpihak padanya.

Anak dara Qhairil bukan main memaksa. Si Erin pula tak pernah ambil tahu sama ada dia dah makan atau minum hari ini.

Yalah, yang berada di atas pentas ketika ini adalah Erin. Anaknya. Pengantin perempuan. Masakan punya masa bertanya tentang hal dirinya. Kerana Erin menjadi orang tumpuan sepanjang hari. Kawan-kawan sekuliah sanggup menanti hingga ke hujung majlis untuk bergambar dengan pengantin di singgahsana.

DIA E.L.I.Z.AWhere stories live. Discover now