BAB 7

116 12 2
                                    


DUDUK berhadapan dengan Qhairil bukan sesuatu yang mudah seperti Eliza sangkakan. Lebih-lebih lagi mata Qhairil tak beralih sejak dia masuk ke dalam bilik yang dingin.

Sudahlah dingin, bau haruman lelaki ini menguasai seluruh bilik membuatkan Eliza hilang rentak untuk bernafas.

"Tak boleh nak mengelak daripada dia, bukan?" Duga Qhairil. Memecah tembok kesunyian mereka. Meretakkan kedamaian hati Eliza.

Tak mampu untuk bertutur dengan lancar, bibir Eliza bergerak tanpa mulut terbuka.

"Qhaira kata you perlukan kerja. What can you do, E?" Tidak mahu terus mengusik gelora hati

Eliza, mata Qhairil turun pada kertas yang ada di tangan.

Kertas yang dihulur oleh setiausahanya ketika mengiring Eliza masuk ke bilik.

Sepintas lalu membaca butir diri yang diisi oleh Eliza. Mata tertarik pada satu bahagian yang tercatat dengan tulisan tangan Eliza yang tak pernah berubah sejak dulu.

Tulisan kemas itu pernah mencoret bait-bait indah kepadanya di atas helaian tisu. Tisu kafe tempat pertemuan mereka. Cara unik Eliza menzahirkan hubungan mereka.

Never lose hope.

Itu adalah yang coretan terakhir Eliza. Tisu itu ditinggalkan di meja begitu sahaja. Tidak seperti selalu, akan diselitkan di dalam beg sandangnya.

Dehaman Eliza menghilangkan kenangan yang berlegar di minda Qhairil.

Sesungguhnya Qhairil menanti Eliza berkata sesuatu. Ada sesuatu yang perlu dia dapatkan penjelasan. Yang tertulis di borang tidak dapat menggambarkan apa yang terjadi selama ini.

"I dah lama tak kerja sejak ikut Badlan ke Bintulu." Eliza terpandangkan kening Qhairil terjongket seketika. Nak kata apa. Itulah hakikatnya.

Qhairil ketap rahang. Matanya melilau pada kertas putih. Tak ada tercatat nama yang baru sahaja disebut Eliza di mana-mana bahagian di situ.

Hati Qhairil berkeluh perlahan. Sejak semalam dia cuba korek cerita dari Qhaira tentang Eliza.

Qhaira langsung tak buka mulut. Hebat si anak kini pandai berahsia dengannya.

"Sepanjang di sana..."

Qhairil angkat wajahnya. Kembali menatap wajah polos Eliza yang mula berona merah.

"... sehinggalah you duduk di kerusi bilik I ni, what do you do for living, Elizabeth?" Eliza telan liur.

Kenapa harus Qhairil membaja taman hati dengan panggilan itu. Panggilan satu huruf pun nafasnya dah huru-hara. Apatah lagi nama yang dah lama dia tinggalkan.

"Mmmm...?" Kening Qhairil terjongket lagi seiring dengan bunyi yang lahir dari dalam tekaknya.

DIA E.L.I.Z.AWhere stories live. Discover now