єммєт тнєяєѕѕα 2

5K 124 0
                                    

Flashback

~Setahun Lepas~

Selimut itu di tarik kuat oleh Tan Sri Eddrick , pipi Eian di tampar keras oleh Tan Sri Eddrick kemudiannya , membulat mata Eian menerima kelakuan dari papanya.. kepala Eian di tarik membuatkan lelaki itu bangun dari katil itu.. lelaki itu masih lagi mamai dek kerana meminum alkohol terlalu banyak.. kejadian tadi samar samar saja telintas di kepala Eian.. dia merogol Mea ?

"Kamu buat apa ni !?"

Kuat jerkahan Tan Sri Eddrick , Eian merengus kasar bila jatuh pada lantai itu , kepalanya di pegang seketika.. mata Tan Sri Eddrick menoleh pandang ke arah katil , Mea berpeluk tubuh di dalam selimut itu dengan tangisan yang tersisa.. kelihatan Mea tersedu sedu dalam tangisannya , badannya sedikit mengigil..

"Tak ada apa pa !!"

"Tak ada apa kamu cakap ?! Mea tu Eian !! Mea kat atas katil tu !!"

Seperti hendak menangis suara lelaki Tan Sri Eddrick , mengenangkan nasib yang menimpa Mea Theressa.. Dia yang membawa gadis itu ke dalam rumah mewah itu baru beberapa minggu , Eian sudah berani berbuat melampaui batas terhadap gadis itu.. dia nampak wajah sugul Mea menangisi segala apa yang Eian lakukannya kepadanya , badannya saja masih belum mengenakan baju.. Puan Sri Gatita menoleh sama ke arah Mea di atas katil , kesal hatinya melihat apa yang berlaku di depan matanya itu.. Sangat mengaibkan..

"Perempuan tu !! Perempuan tu yang goda Eian !! Perempuan jalang !! Kau buat semua ni kan ?!"

Matanya mencerlung tajam ke arah Mea di atas katil itu , cepat saja badannya mahu berdiri , niatnya terhalang bila Tan Sri Eddrick memegang kemas bahu anak lelakinya itu.. Pergerakan Eian sudah terkawal..

"Sudah !! Kamu mabuk kan Eian.. buat anak orang macam tu ?!!"

Satu lagi tamparan singgah keras ke pipi Eian , tersungkur jatuh kembali Eian mencium lantai itu.. cepat juga Puan Sri Gatita memegang bahu suaminya , cuba meredakan amaranh lelaki itu..

"Sudah lah bang.. benda dah jadi ! Tak kan abang nak bunuh anak kita sebab benda ni.. sabar.."

Puan Sri Gatita sudah menangis.. Tan Sri Eddrick menyentuh dadanya , nafasnya di ambil perlahan , untuk melegakan panas di hatinya.. Sakit di kepalanya tadi sudah jatuh ke hati.. Terasa berat beban yang di tanggung jantungnya..

"Perempuan jalang tu sengaja.. sengaja goda Eian , kalau tak , Eian tak buat semua ni !"

Tak ! Eian mengelengkan kepalanya berkali kali , menidakkan segala tuduhan papanya dan mummynya.. Segala yang berlaku ini , dia pasti kerana olah perempuan di depannya itu , perempuan itu yang segaja memerangkapnya , dia yakin pasti ! Semua angkara Mea..

"Sudah !! Kamu diam ! Papa tak kira.. kamu kena bertanggungjawab ! Kawin dengan Mea !!"

Membulat mata Eian menoleh pandang ke arah papanya , Puan Sri Gatita sudah pucat wajahnya.. tidak percaya dengan kata kata suaminya,.

Flashback End

*
*
*
*
"Uit ! Termenung apa tu ?"

Sapaan gadis cantik itu mengejutkan Mea dari lamunannya , senyuman manis Eleisha Enara itu menabur baja senyuman pada wajahnya juga.. Mea tersenyum manis serta merta..

"Eh El , buat apa kat sini ?"

"Wait.. you tak keluar lunch ke ? Abang mana ? Kenapa sorang sorang kat sini ? Yang lain dah keluar lunch kan ?"

Mea mengaru dahinya yang tidak gatal mendengarkan pertanyaan adik iparnya.. Iya , Eleisha Enara Tan Sri Eddrick , satu satunya adik kepada Eian Emmet.. pada layanan , Eleisha jauh berada di depan , dia bukan antagonis di dalam drama ini.. perangai dan kelakuannya jauh sekali berbeza dengan abangnya.. walaupun wajahnya tampak tajam dan angkuh , layanan buruknya tidak pernah di berikan kepada kakak iparnya , Mea Theressa..

"Ada kerja sikit I nak buat ni El.. El datang dengan sape ? Sorang je ke ? Eian dah keluar tadi.."

"Emm.. jom lunch sekali dengan I.. lagipun ni dah pukul 1.30 , dah lewat dah.. nanti masuk angin pulak perut tu.. jom.."

Tanpa menunggu Mea , cepat Eleisha menutup file file yang berada di depan Mea itu.. Mea sudah berkerut dahinya.. kerjanya masih belum di siapkan , kalau Eian dapat tahu , habis dia di maki hamun lagi..

"Jangan lah rajin sangat.. jom.."

"Kerja tak siap lagi lah El.."

"Nothing to worry Mea.. boleh sambung nanti kan.. I akan cakap kat abang nanti.."

Lengan Mea di paut Eleisha , membuatkan Mea terpaksa berdiri dari kerusi itu..

*
*
*
*

Eleisha mencebik bibir melihat permandangan di depan matanya itu , Eian dan Bella sedang ralit menikmati makanan mereka di meja itu.. bila kakinya melangkah menuju ke meja itu , terasa lengannya di paut cepat oleh Mea , bila Eleisha memandang wajah itu Mea sudah mengelengkan kepala kepada Eleisha , seperti tidak membenarkan Eleisha ke arah itu..

"Don't worry.."

Eleisha membuang tangan Mea yang memaut lengannya.. dia berjalan menuju ke arah Eian daan Bella berada , Mea tertinggal sedikit ke belakangnya..

"Emm.. best ya , makan berdua kat sini.. tinggal wife sesorang kat office.."

Eleisha menyindir sambil matanya menatap serius wajah abangnya.. Eian membuat muka bosannya melihat kelibat adiknya muncul di depannya..

"El buat apa kat sini ?"

Eian bersuara dingin.. seketika di menoleh pandang ke arah Mea sedikit di belakang Eleisha sambil tersenyum sinis..

"Perempuan tu mengadu apa kat you sambil datang menegur macam orang tak ada adat ni Eleisha ?"

"Wow.. tak ada adat.. so adat abang tu baik sangat sampai tinggal wife kat office and makan berdua dengan scandal kat sini ?"

"Eleisha !!"

Tinggi suara Eian , Eleisha memejam matanya seketika.. dia mengetap bibir , menahan geram dengan sikap keterlaluan abangnya terhadap Mea.. Bella di depan Eian hanya mendiam kan diri.. Bella Birta , model terkenal di negara itu , bekas teman wanita Eian.. perkahwinan mereka terbatal sejak Tan Sri Eddrick memaksa Eian dan Mea berkahwin setahun lepas , sejak itu Bella hanya menjadi peneman setia Eian ke mana pun Eian pergi.

 perkahwinan mereka terbatal sejak Tan Sri Eddrick memaksa Eian dan Mea berkahwin setahun lepas , sejak itu Bella hanya menjadi peneman setia Eian ke mana pun Eian pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now