єммєт тнєяєѕѕα 11

4.1K 102 0
                                    

Kehidupan harian Mea di kawal ketat oleh Eian , hari ini sudah memasuki seminggu dari kejadian malam tersebut , Eian tak melepaskan Mea setiap malam , tidak pernah Eian bermalam pada Laman Mawar selama seminggu berturut turut.. Mea tidak berpeluang langsung untuk melarikan diri..

Setiap hari juga Eian suruh orang menghantar makanan dan membersihkan rumah , Laman Mawar ibarat penjara bagi Mea kini , dia tidak di benarkan langsung keluar dari rumah itu..

Mea berbaring di kerusi panjang itu , matanya tertumpu pada tanaman Mawar yang mekar di luar sana.. hanya cermin kaca yang membataskan mereka.. Mea merindui bauan mawar mawar itu.. dia hanya menatap sendu.. bunyi tapak kaki yang berjalan itu di abaikan Mea , tentu penolong rumah ataupun Eian..

"Amboi amboi.. seronok ya sekarang.. rehat tak payah buat kerja.."

Suara itu , terbiasa di dengar.. Mea bingkas bangun dari barinngnya , membetulkan dirinya..

"Mummy.."

"Siapa pulak mummy you ? You tak layak panggil I mummy.."

Mea terus membisu.. dia tahu Puan Sri Gatita tidak menyukainya dari dulu..

"Murah yaa you.. lepas sign dokumen perceraian , you datang sini balik , macam tak ada apa apa jadi.. you nak jadi pelacur pulak ke ?"

Dingin suara Puan Sri Gatita , wajah Mea di pandang keji.. Mea mengelengkan kepala..

"Tak.. saya nak keluar dari rumah ni.. Puan Sri boleh tolong saya.. ? Keluarkan saya dari rumah ni.."

Penuh mengharap suara Mea.. Puan Sri Gatita tersenyum sinis.. dia mendekat ke arah Mea , menjeling tajam..

"Hmm.. tak boleh kott.. bagus juga you lama kat sini.. Biar Eian seksa you lama sikit.."

"Puan Sri !"

Membulat mata Mea..

"I akan halau you nanti.. tapi biar lah Eian puas gunakan you dulu.. Eian perlukan you sekarang ni.. you tahu kan.. Bella ada masalah sikit.. so you boleh lahirkan keturunan untuk Eian.."

Kata kata Puan Sri Gatita seperti bom yang meletup , hatinya berdebar kencing.. otaknya cuba menghadam kata kata Puan Sri Gatita..

"Lepastu you boleh berambus dari rumah ni.. yang Eian perlukan sekarang.. cuma anak,. Dari you.."

Puan Sri Gatita tersenyum puas melihat wajah pucat Mea.. Mea berundur setapak.. fikirannya seakan melayan , tak dapat menerima kata kata Puan Sri Gatita.. Eian Emmet menggunakannya kerana mahukan anak , patutlah Eian tak pernah meninggalkannya selama tujuh hari ni..

"So , you jangan lah fikir Eian tak boleh nak tinggalkan you , pedulikan you.. dia tak pun.. you tu bahan mainan dia je.. Actually , Bella tak pregnant pun , saja je I tipu you , biar you sign surat cerai tu cepat cepat.. Biar Bella boleh kawin dengan Eian secepat mungkin.."

Wajah Mea berubah semakin pucat setelah mendengar hakikat yang sebenar.. jantungnya berombak ombak.. Puan Sri Gatita.. perempuan jelmaan dari neraka.. perempuan puaka..

*
*
*

Mea meluru ke arah Eian bila nampak saja lelaki itu membuka pintu.. terkejut Eian di buatnya..

Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now