єммєт тнєяєѕѕα 66

2.4K 58 1
                                    

Eian menjeling jam di dinding sebelum duduk di kerusi kerjanya.. kepalanya di pegang , memicit perlahan bahagian dahinya.. terasa pening yang kabur kabur saja datang menyinggah di kepalanya.. Eian memejamkan matanya , malas terasa hendak turun makan tengahari..

Tangan yang menjalar di kedua bahunya menyentapkan Eian dari menung panjangnya.. cepat dia mendongak pandang , wajah Mea sudah tersenyum manis menghiasi pandangannya..

"Hey.."

Mea menunduk sedikit untuk mencium dahi milik Eian , suaminya sudah tersenyum bahagia melihat kehadiran Mea yang secara tiba tiba itu..

"Sejak bila sayang kat bilik ni ? Datang dengan sape ni ?"

"Sejak tadi lah.. masuk bilik pun tak pandang kanan kiri.. busy sangat ni ? Hubby sakit kepala ke ?"

Kerusi itu sudah memutar menghadap Mea.. cepat Eian merangkul pinggang Mea sampai membuatkan Mea teeduduk atas pahanya.. pipi Mea di cium berkali kali..

"Ha,ah , tadi sakit kepala.. nasib baik sayang datang tau.. rasa sakit tu dah hilang entah ke mana bila tengok muka sayang kat sini.."

Jemari Eian naik ke wajah Mea , membelai sakan wajah isterinya.. terlalu suka dia membelai wajah itu , mungkin itu hobinya sekarang bila berdepan dengan Mea..

"I'm serious lah hubby.. kenapa ? Banyak kerja ke ?"

"Banyak lah jugak.."

Eian senyum , dia mahu Mea tahu , dia baik baik saja..

"Kalau macam tu , nak i tolong ? Macam dulu.."

Mea memberi cadangan , sudah lama dia tak masuk syarikat itu. Rindunya pada kerja kerja yang pernah di lakukan untuk syarikat itu..

"Tak apa sayang.. I'm okay lah.. dah biasa kan.. bukan i tak biasa pun nak hadap semua ni.. you pun tahu kan..?"

Eian mencuit hidung Mea.. Mea buat wajah datarnya.. faham betul dengan Eian yang tak mahu dia bekerja lagi di syarikat itu..

"Hmm yela.. tak nak i kerja lagi kat sini.."

Ada rajuk pada suara Mea.. dia sudah sedikit memuncung.. Eian senyum lagi melihat telatah isterinya..

"Kan i dah cakap.. tak apa.. i takut you penat kalau kerja.. nanti sakit kepala pulak nak layan semua tender tu semua.. nak layan client lagi.. nak fikir pasal anak lagi.. sayang , faham kan..?"

Eian cuba memujuk.. Mea mengangguk faham.. akhirnya dia harus pasrah dengan permintaan suaminya , mungkin Eian mahu yang terbaik untuknya , Mea cuba memahami..

Tiba tiba saja handphone Eian berbunyi nyaring , Eian menjawabnya dengan cepat..

"Tuan.. Tuan Eian... cepat balik...! Edna dengan Erland Tuan !!"

"Kenapa Rini ? Calm down boleh tak ? Cakap kat saya kenapa ?"

Resah sudah Eian mendengarkan suara Rini yang panik itu..Mea yang turut mendengar itu sudah berdebar..

"Tuan kena balik... Cik Bella.. cik Bella Birta Tuan... dia datang , dengan pisau bawa Erland ke atas , dia nak jumpa Tuan.."

Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now