єммєт тнєяєѕѕα 3

4.4K 128 3
                                    

Eian menarik dengan kasar lengan Mea menyusuri jalan itu , kelihatan Mea sudah berkerut wajah menahan sakit yang menerjah pada lengannya kerana di tarik Eian..

"Pandai mengadu dah sekarang,,"

Perkataan itu menerjah ke telinga Mea , Eian menatapnya dengan tajam , langkah mereka turut terhenti di situ.. Mea mengangkat wajahnya menatap Eian di depannya itu , Eian membulat matanya memandang kelakuan berani Mea , sebelum ini Mea tidak berani menatapnya seperti itu , amarah Eian kembali memuncak melihat sikap berani isterinya,, lengan Mea di cengkam kuat sambil di tarik ke atas , Mea sudah berkerut kening..

"Sakit.."

Perlahan suara Mea.. Eian mengentap bibirnya , menahan marah.. di lepaskan kasar tangan milik Mea , tertolak sedikit kebelakang badan Mea kerana tolakan itu..

"Saya tak mengadu apa apa dekat El.."

"Shut up !!"

Tangan Eian naik ke atas , seperti hendak menampar Mea saja , tiba  tiba tamparannya tidak menjadi..

"Nasib baik tau kau kat sini.. kalau kat rumah , dah makan penampar aku !"

Mata Mea terpejam seketika.. dia membuka matanya perlahan , tatapan tajam Eian masih ada untuknya , buat masa ini dia tak mampu bersuara.. tatapan Eian sungguh menyeramkan..

"Siap kan proposal , quickly ! Jangan buat lupa ea , malam ni ada dinner kat rumah mummy.."

Eian berkata perlahan , suaranya di kawal.. dia terus berlalu pergi meninggalkan Mea sendiri.. Mea menunduk , kepalanya di terjah peristiwa setahun lepas , entah bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam bilik tidurnya , bagaimana juga Eian boleh menyangka Mea sengaja mengodanya , sedangkan dia yang mabuk dan menerjah ke bilik Mea tanpa Mea sedar , di sebabkan angkuh dan keras kepala lelaki itu , Eian selalu melayan teruk Mea sehingga ke hari ini..

Otak Eian selalu memikirkan Mea menginginkan harta keluarganya , di sebabkan itu juga Eian berburuk sangka , Mea yang sengaja mengodanya pada malam tersebut.. sejak Tan Sri Eddrick meninggal , Eian sampai berani memukul dan mencaci Mea sesuka hatinya..

Seukir senyuman terbit di bibir Mea , tiba tiba air jernih keluar dari matanya , Mea teringat perjanjian dia dan Tan Sri Eddrick , lelaki itu pernah berkata , kalau dalam masa setahun Eian tak mampu menghargainya , Mea boleh menuntut cerai dari suaminya.. kerana itu juga lah dia bertahan sampai ke hari ini , itu wasiat ayah angkatnya kepada Mea,.. Tan Sri Eddrick..

Tapi , itu juga boleh di anggap sebuah alasan bagi Mea , sesungguh dia sudah jatuh cinta pada Eian sejak dia di bawa Tan Sri Eddrick pulang ke rumah mewah itu.. tapi di cuba mengawal perasaanya , kerana dia sedar , sejauh mana pun , Eian tetap membencinya..

"Stupid Mea.."

Mea mengeluh perlahan.. kalau bukan sebab angkuh dan panas baran Eian , tentu dia sudah menjadi isteri paling bahagia dalam dunia.. Eian terlalu sempurna di matanya..

*
*
*
*

Eian Emmet memandang sekilas jam pada tangan kirinya , dia mengeluh perlahan , sudah pukul 8 malam.. kelibat Mea langsung tidak muncul lagi.. keluarga besar Eddrick sudah memenuhi ruangan besar itu.. Puan Sri Gatita menjeling kepada Eian yang berada di depannya..

"Wife you tak balik lagi ?"

Bella bertanya perlahan.. Eian menoleh ke arah Bella , dia senyum ke arah wanita , melihat wajah Bella , segala kemarahannya pada Mea segera terlupakan.. kalau bukan kerana Mea , mungkin Eian sudah menikahi Bella..

"Belum.. sabar ya , kejap lagi majlis dah nak mula.."

Lembut sekali bicara Eian.. tangan Bella di raih lembut juga..

"Emm.. dia busy ke ? Ke tak sihat ?"

"Kenapa nak ambil berat sangat pasal perempuan tu Bella ?"

Dingin sekali pertanyaan Puan Sri Gatita , dia mendekati Eian dan Bella.. semua kerabat tahu , Puan Gatita sudah menganggap Bella sebagai menantunya , Bella sempat membawa diri jauh ke negara orang ketika Eian dan Mea di nikahkan , selepas Tan Sri Edrrick meninggal , baru lah Bella pulang semula ke negaranya.. frust la katakan..

"Tak boleh la macamtu Auntie , Mea kan masih wife Eian.."

Bella memaniskan wajah.. wajah yang menyimpan seribu kekecewaan bila buah hatinya di nikahkan dengan perempuan lain , siapa saja yang mahu menolak Eian , lelaki itu ada semuanya , harta , rupa , darjat , tiada cacat celanya bagi semua wanita.. tapi kerana Mea , dia sedikit harus bersabar , dia tetap mahu Eian menjadi miliknya..

"Not anymore , kejap lagi Mea akan bercerai dengan Eian.. nah.. surat ni pun Mea dah sign.."

"What ?"

Eian mengambil dokumen yang berada di dalam sampul yang di hulurkan Puan Sri gatita,.

"Apa ni ?"

Berkerut kening Eian membaca butir butir yang terdapat pada dokumen itu , di sebelah kanan bawah sudah terisi tanda tangan Mea.. dokumen penceraian ! Mea menandatanganinya.. Eian tak habis fikir , segala harta belum jatuh ke tangan Mea , macam mana wanita itu boleh menandatangani dokumen penceraian itu

Bella meneliti wajah Eian , tampak wajah itu berkerut pucat , apa yang ada di fikiran Eian , dia tampak tak senang dengan isi surat itu..

"Sayang.. dia dah sign.. kita dah boleh kawin.."

Ceria wajah Bella.. cuba menyakinkan Eian.. Eian mengempal tangan , menahan emosi , fikirannya tak habis memikirkan niat Mea senang senang mempersetujui perpisahan yang di cipta Puan Sri Gatita..

"Eian dah boleh sign dokumen tu.. Bella dah lama tunggu.."

Puan Sri Gatita tersenyum sinis.. akhirnya Bella Birta akan menjadi menantunya..

"I have to go.."

"Pergi mana ? Majlis tak habis lagi ni.."

Bella mulai panik.. lengan Eian di raihnya lembut , cepat juga Eian meleraikannya , berubah wajah Bella seketika.. tanpa mengeluar kan apa apa kata , Eian melangkah pergi.. Hati Bella mulai bertanya tanya , Eian Emmet , kau dah jatuh cinta dengan Mea ??

"Tak payah risau sangat Bella , Eian happy sangat tu , sebab Mea dah sign dokumen tu.. terkejut sangat la tu boleh bercerai dengan Mea secepat ni.. nanti dia okay la tu.. don't worry sayang.."

Puan Sri Gatita menyakini Bella , di peluk tepi badan perempuan itu.. Bella cuba senyum , sembunyikan debar di dadanya..

 Bella cuba senyum , sembunyikan debar di dadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Be continue ~

Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now