єммєт тнєяєѕѕα 4

4.2K 123 3
                                    

Selepas yakin dengan kerjanya , Mea menekan butang 'save'.. Dia perlu menghantar surat itu melalui email kepada Eian.. setelah selesai , dia menutup laptop tersebut.. Mea mulai berdiri , belum sempat pun berdiri , perutnya di terjah rasa sakit..

"Arghh.."

Perutnya di pegang cepat , rasa sakit itu merebak secara tiba tiba ke seluruh perut.. dia berkerut kening menahan rasa sakit itu , semakin lama , sakit itu semakin meluas , dahinya mulai berpeluh.. Mea cuba mengapai handphonenya di atas meja , belum sempat pun dia berbuat begitu , dia terjatuh kuat pada lantai itu..

"Sakitnya.."

Mea merintih sendiri.. sakitnya mulai berganda.. Tangannya menekan lantai itu.. terasa kudratnya sudah mulai habis..

"Mea !!"

Suara kasar itu kedengaran bila pintu di buka dari luar.. muka Eian sudah kemerahan kerana marah.. matanya di jamu dengan badan Mea di lantai , dia tersenyum sinis.. lakonan apa yang Mea senang buat ?

"Bangun !! Tak payah berlakon.. ! Aku nak cakap dengan kau ni !!"

Suara itu bergema pada bilik itu , Eian makin mendekat ke arah Mea terbaring,. Mea sedaya upaya cuba mengangkat wajahnya menatap Eian , seperti kekuatannya sudah habis , akhirnya kepala jatuh jua ke lantai itu..

"Bangun !! Nak buat pengsan kat sini pulak dah !"

Kening Eian berkerut seraya mulutnya terdiam bila melihat sebahagian darah yang mengalir keluar dari seluar Mea itu.. cepat dia mendapatkan Mea.. dokumen percerainya di lempar entah ke mana..

"Mea !! What happen ? Mea !!"

Pipi Mea di beleknya , panik mula merasuki dirinya.. Eian nanar , tanganya terketar ketar menyentuh pipi Mea..

"Mea !"

Secepat kilat badan Mea di pangkunya , dia berlari keluar dari office itu..

*
*
*
*

Eian menatap tanganya yang penuh dengan darah , darah dari Mea.. tangannya terketar ketar.. sesekali dia menoleh ke bilik rawatan itu , dia tidak di benarkan masuk.. Doktor dan jururawat sedang berusaha menyelamatkan Mea..

Kakinya tidak boleh duduk diam , gementar dari tadi.. buat kali pertama kalinya Eian cemas dan risau dengan keadaan Mea.. iya buat pertama kali.. Eian meraba kepalanya.. perasaannya kini bercampur baur..

"Encik ada apa apa hubungan dengan pesakit ?"

Eian mengangkat muka setelah kedengaran soalan dari jururwat yang baru keluar itu.. Eian mula berdiri kembali..

"Saya.. husband dia.."

Akhirnya Eian melafazkan kata kata itu.. wajah jururawat itu tiba tiba berubah..

"Tolong sign dokumen ni.. wife encik keguguran , sebab terlalu penat.."

Eian menelan liur , tiba tiba mulutnya terasa pahit , kata kata jururawat itu menerjah tajam ke otak , ke hatinya.. dia kelu , kedua tanganya bertaut , cuba meleraikan rasa gementar yang sangat kuat.. pernafasannya juga terasa tersekat serta merta..

"Encik... cepat sign sini.. ke encik tak nak bagi wife encik operate ? Tak cukup lagi buat dia sampai penat , letih..?"

Kata kata itu menerjah tajam ke telinga Eian.. dengan tangan yang masih mengigil , Eian menanda tangani surat tersebut.. jururawat tersebut kembali masuk ke dalam bilik rawatan..

Apa yang jadi ?
Dia memaksa Mea membetulkan proposal yang sama berulang kali , dia tak pernah puas dengan kerja Mea walaupun proposal itu cukup sempurna.. apa kau buat Eian ? Otaknya tak habis berfikir..

Eian menunduk pandang kenbali ke dua tanganya , darah yang merah itu ? Semua itu darah anaknya ? Nafasnya kembali tersekat , dadanya terasa sesak..

*
*
*

Matahari sudah terbit , Mea membuka matanya perlahan , setelah melihat sosok lelaki itu di depannya , dia memejam matanya seketika.. Eian menemaninya dari semalam ?

Mea membuka kembali matanya , memang Eian.. dia tidak bermimpi.. dia menelan liur melihat tatapan dingin lelaki itu..

"Eian.."

Suara serak Mea kedengaran.. wajah di kerusi di depannya di pandang..

"You tak boleh nak jaga diri dah ke ? Ke sengaja buat macamtu biar anak I gugur ? Otak you kat mana ni ? You tak sedar ke you tengah kandung anak I ? Tak boleh ke jaga diri tu betul betul ?!"

Serius suara Eian.. Kening Mea berkerut mendengar kata kata Eian.. tangannya serta merta menyentuh permukaan perutnya.. dia tak sedar ada nyawa berada di perutnya sehingga semalam..

"Bagus lah.. tak ada beban kita nak tanggung lepas kita bercerai.."

Mea berkata perlahan , seperti kematian anaknya tidak membuatnya sakit hati saja..

"Mea !! Stupid !! You sanggup nak bercerai even tahu you tengah kandungkan anak I ?? Perempuan jenis apa you ni ? Jantan mana yang you dah jumpa sampai sanggup nak bercerai even dah tahu kat dalam perut tu ada baby ?!"

Meninggi suara Eian , matanya memanah tajam ke arah Mea , dia sudah berdiri dari kerusi.. Mea menunduk pandang seketika.. menahan rasa di hatinya.. dia mengempal kuat selimut yang menyelimut ke pahanya..

Sungguh , dia berasa penat dengan Eian , hampir setiap harinya dia di marahi Eian , walaupun bukan dengan salahnya , lelak itu tetap memakinya , Menghinanya , dia berbuat seperti Mea tiada hati dan perasaan.. semua yang Eian buat betul , dia yang bersalah.. walaupun Eian yang merogolnya , dia tetap di salahkan , tidur tanpa mengunci pintu bilik , itu bukan salah Eian , semua salahnya.. Mea terlalu penat.. tiba tiba dia ketawa perlahan.. teringat semua kenanagan pahit dia bersama Eian , segala benda yang Eian lakukan padanya..

"Yaa.. you sendiri cakap I pelacur ! Perempuan murah kan.. mesti lah I boleh goda mana mana jantan.. semua I boleh dapat !! Sebab I pandai mengoda kan ? I pandai sangat.. I dah emailkan surat resigned I pada you.. lepasni you tak payah jumpa I dah.."

Matanya yang bersinar itu menatap berani mata Eian , nadanya tenang saja.. tapi nada tenang itu lah yang menikam tajam hati Eian di kala itu.. ingin sekali Eian melepaskan geram pada Mea , tapi entah kenapa , dia di hentikan dengan perasaan pelik yang hadir.. dia tak mampu bersuara.. Eian membalik badan , dia menuju ke pintu , sekuat tenaga dia menghempaskan pintu itu.. melepaskan geram.. pintu itu terpaksa menjadi mangsanya..

 pintu itu terpaksa menjadi mangsanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now