єммєт тнєяєѕѕα 18

3.8K 96 2
                                    

Eian kembali melemparkan pandangan ke arah tingkap.. wajah Bella sekarang sangat menyakitkan hati..

"Bukan macamtu Eian.."

"Dah lah Bella.. I nak rehat.. tinggalkan I.."

"Eian.."

"I tak nak tengok you sekarang.."

Bella menunduk sebelum melangkah keluar dari ward.. Eian memejamkan matanya , tanpa dia sedar , airmatanya jatuh lagi..

*
*
*

"I boleh jalan sendiri.."

Eian bertutur perlahan , dengan terpaksa Eleisha melepaskan pinggang abangnya.. matanya memerhatikan langkah Eian menuju ke arah dapur.. dia berkerut kening.. tadi bila bertanya , Eian menjawab sudah kenyang.. tapi dia juga sedar , selama seminggu di hospital , dia jarang melihat abangnya makan mengikut masa..

"Tadi I tanya nak makan apa , you cakap dah kenyang.. sekarang balik , cari makan lagi ?"

Eleisha berpeluk tubuh memandang Eian yang mengeluarkan sesuatu bekas dari peti sejuk.. kemudiannya dia mengambil sudu di tempatnya..

"Ehh.. abang nak makan apa tu ? Elok lagi ke makanan tu ? Dah seminggu tinggal rumah ni ?"

Eleisha bimbang , dia mendekat.. Eian mengangguk sambil tersenyum.. dia duduk di meja makan tersebut.. Eleisha masih tak berpuas hati..

"Boleh lagi.. ni Mea yang buat.. abang nak makan yang isteri abang buat.."

Eleisha berkerut kening.. Mea yang buat ? Dua minggu sudah dia pergi , seminggu pulak Eian masuk hospital ,tiga minggu sudah tempoh makanan itu , hampir sebulan.. Eleisha meluru dengan cepat , di tahan tangan Eian yang cuba menyuap makanan itu ke mulutnya..

"Dah tiga minggu abang.. dah tak elok.."

Eian menarik kuat pegangan dari Eleisha.. dengan cepat Eian menyuapkan kimchi itu ke dalam mulut.. Eleisha sudah membulat matanya..

"Boleh lagi.. ni kimchi lah.. sedap lagi..Mea yang buat.."

Penuh berselera Eian makan.. Eleisha menggelengkan kepalanya.. abangnya benar benar sedang menebus kesalahannya pada Mea..

"I know ! Tapi kan dah nak masuk sebulan.. you tu tak sihat lagi.. kalau sakit pulak nanti , macam mana ??"

Eian diam seketika..  dia mengunyah perlahan.. seketika dia mengigit kuat bibirnya sendiri.. sakit di hatinya tak pernah hilang..

"Mea lagi sakit.. tak sebanding dengan abang.. Mea lagi luka.."

Eleisha memejam mata mendengarkan kata kata abangnya.. entah sampai bila agaknya Eian mahu menyeksa diri sebegini..

"Sakit abang tak sesakit Mea.."

"Abang.. dah la.."

Eleisha mengosok belakang Eian , seperti mahu meredakan kesedihan lelaki itu.. mana sanggup dia melihat abangnya bersedih setiap hari..

"Balik lah El.. thanks hantar I balik sini.."

"Nanti I call pembantu datang sini.. masakkan...."

Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now