єммєт тнєяєѕѕα 61

2.6K 64 0
                                    

Selepas menyemak email email penting dari Nash , Eian menutup laptop miliknya.. dia memandang jam di dinding , mungkin Mea sudah selesai mandi.. dia harus menyelesaikan salah faham isterinya.. tak mahu rajuk Mea berpanjang.. Eian keluar dari bilik kerjanya menuju ke arah biliknya dan Mea..

"Sayang.."

Lagi lagi panggilan itu keluar dari bibirnya bila pintu terbuka.. dia sempat memandang anaknya yang masih lena.. selepas itu matanya jatuh pada sosok Mea yang leka dengan bukunya di tangan.. Eian agak terpana melihat Mea yang mengenakan cermin mata.. sejak bila Mea memerlukan cermin mata bila membaca ?

"Hey.. my beautiful wife.."

Bicara lembut itu keluar sebelum bibir Eian menemukan leher Mea.. cepat juga Mea melarikan wajahnya dari Eian.. berubah raut wajah lelaki itu tapi dia masih memaniskan wajahnya..

"Hey.. sejak bila pakai glasses ni ? Kenapa comel sangat ni ? How sexy you are , sayang..."

Ikhlas pujian di berikan Eian pada Mea , Mea kelihatan sangat menarik di matanya bila mengenakan cermin mata itu..

"You suka tengok i pakai benda ni ?"

Soal Mea dengan wajah datarnya.. Eian mengangguk sambil tersenyum , dia cuba menyambut tangan Mea tapi cepat Mea mengelakkan tangannya..

"I pakai benda ni sebab tulang mata i patah masa jatuh jurang.. that's why i pakai benda ni.."

Sepasang mata itu menatap Eian.. Eian menelan liur , hatinya tiba tiba bagai di hempap sesuatu.. sakit.. terasa Mea cuba mengukit hal itu lagi..

"Pandangan i jadi tak jelas.. baca buku pun kena pakai benda ni.."

Mea menutup bukunya dengan keras sebelum menanggalkan cermin mata di letakkan ke atas meja.. semua kelakuannya seperti melepaskan geram.. entah apa yang cuba dia buat.. tapi yang pasti , dia ingin melepaskan amarahnya pada suami..
Mungkin kerana Bella tadi ?

"I gagal jadi suami yang baik kan ? I tahu.. semua ni sebab i kan ? I tahu sampai bila pun you tak boleh maafkan i.."

Perlahan suara Eian.. dia fikir Mea sudah ikhlas maafkannya
, tapi tiba suatu masa , lagi lagi kebenaran yang menyakitkan hati harus di terimanya..

"Betul lah apa yang Bella cakap tadi.. semua berpunca dari i.. Edna jadi macam ni sebab i.. anak i sendiri sakit sebab i.. you sakit sebab i.. mata you tu pun sebab i.. tapi i tak nampak kekurangan you.. you look perfect even dengan glasses tu.. tapi you tetap tak suka dengan kata kata i kan ?"

Eian menunduk pandang seketika , cuba menanam
rasa sakit yang singgah itu , dia mengangkat wajah memandang mata isterinya , Mea jadi kelu.. mata merah suaminya menyentakkan hatinya..

Seperti bicaranya tadi bercanggih dengan hati.. hakikatnya dia sudah redha dengan apa yang terjadi.. dia tidak menyalahkan Eian sama sekali..

"I minta maaf.. i tahu dengan kata maaf i ni tak mampu putar balik masa dulu.. tak boleh sembuhkan mata you , tak boleh sembuhkan anak kita.. tapi i tak tahu macam mana lagi cara i nak tunjuk kasih sayang i pada you , Mea.. apa yang Bella cakap pasal dia dengan i semua tu tak betul.. i tak pernah bawa dia datang sini.. ni rumah kita sayang.. i tak bawa mana mana perempuan masuk sini kecuali isteri i.. you.."

Sketsa Sebuah Cinta Where stories live. Discover now