Bab 3

31.2K 1.1K 11
                                    

          "Maira, awak kerja shift pagi kan harini? Nanti sebelum balik, boleh masuk bilik Sister? Matron Norli nak jumpa awak" Ujar Sister Sakinah sewaktu melihat Maira melintasi bilik ketua jururawat itu

"Okay sister, kejap lagi sebelum balik saya singgah" Maira tersenyum menutup debaran di hatinya.

"Dah kenapa pulak ni nak jumpa-jumpa pulak. Sorang-sorang pulak tu." Omel Maira perlahan sambil meneruskan langkahnya. Puas dia fikir, sepanjang tiga minggu dia naik kerja selepas cuti panjang ni, tak ada lagi dia membuat kesalahan atau datang kerja lambat. Paling jahat pun part yang dia gaduh dengan Dr Firash tu je la. Tapi kes tu pun dah tiga minggu lepas.

"Hish, takkanlah si kerek ni nak mengadu-ngadu pulak. Cerita dah basi kot.. Eh tapi tak baik pulak aku nak fitnah-fitnah. Sekali tak ada kena mengena pun dengan dia. Astaghfirullahazim" omel Maira lagi sambil menggaru kepala. Bingung dah dia memikirkan sebarang kemungkinan. Bukan biasa-biasa ya Matron nak jumpa staff sorang-sorang macam ni.

"Kau ni dah kenapa Maira, sekali tengok dah macam orang gila dah. Mulut terkumat kamit sambil tergaru-garu kepala. Dah nak daftar masuk kelab Si Meon ke? " Tegur Ain apabila melihat rakan sekerjanya itu dah macam kucing hilang anak.

"Hah? Meon mana pulak kau ni, Ain?" Tercengang Maira mendengar soalan Ain itu.

"Alaa orang gila dekat kawasan rumah aku tu. Yang petang-petang asyik naik basikal tak pakai baju sambil garu-garu kepala. Mulut pun asyik terkumat kamit je. Sebiji la macam kau tadi.. Aduhh" Segera Ain mengaduh apabila tangan Maira pantas menghadiahkan sepit ketam level sepuluh di lengannya.

"Kurang asam kau nak samakan aku dengan orang gila Ain? Agak-agaklah aku ni kau nak samakan dengan Meon tu" ujar Maira sambil menahan tawa.

"Haah kan, mana ada orang gila cantik macam kau. Muka dah la macam pelakon tu. Alaa siapa ye nama dia..Haa Hannah Delisha.." Berkerut-kerut muka Ain cuba mengingatkan nama pelakon yang dikatakan sama macam muka Maira itu.

"Mengarut la kau. Tak ada yang samanya. Hannah Delisha tu kottt. Yang depan kau ni Hannah Delicious je. Cuba kau pergi cek mata tu. Takut-takut ada kutu babi. Tu yang tak boleh beza Hannah Delisha dengan Hannah Delicious ni .." Balas Maira sambil ketawa. Jauh panggang dari api muka dia dengan si pelakon cantik tu.

"Anak aku la haritu.. Si Mikael tu.. Dia tengok tv baru ni. Masa tu tengah main drama 30 Pesanan Suara yang Hannah Delisha dengan Shukri Yahya berlakon tu. Tiba-tiba dia tanya aku Acik Maira buat apa dalam tv rumah kitorang .. Aku pun pelik la, aku tanya dia mana pulak ada Acik Maira dalam tv tu. Terus dia tunjuk muka Hannah Delisha tu." Bersungguh Ain bercerita kepada Maira.

"Tapi bila aku kaji, aku teliti, aku tilik muka kau ni, memang ada iras-iras la Maira. Budak-budak ni innocent tau, Maira. Kalau Mikael cakap sama, maknanya sama la tu" Sambung Ain lagi. Siap pakej rapatkan muka dia dengan muka Maira lagi sebab nak tilik betul-betul. Tak dinafikan Maira yang dia kenal ni memang cantik. Kecil molek orangnya. Lemah lembut pun sama macam Hannah Delisha tapi Hannah Delisha yang depan dia ni versi mulut banyak sikit la.

"Sudahlah Ain. Karang makin layan kau ni makin lambat siap report aku ni karang. Tak pasal-pasal orang shift petang dah sampai, report aku tak siap-siap lagi" ujar Maira sambil tersenyum. Hilang sekejap resah di hatinya apabila melayan karenah Ain tu.

**************************************

Petang itu, selepas Maira selesai pass over report kepada Syafira yang bertugas pada shift petang, dia segera mengaturkan langkah ke bilik Sister Sakinah. Melihatkan susuk tubuh Sister Sakinah dan Matron Norli di dalam bilik tersebut, Maira sudah menelan air liur. Pintu bilik tersebut diketuk sebelum melangkah masuk.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now