Bab 31

39.3K 1.5K 43
                                    

"Toiletries doktor dah bawak masuk bilik air bilik saya kan?" Tanya Maira. Memandang ke arah lelaki yang bersandar keletihan di sofa sebelahnya. Pagi ini mereka menjalankan operasi memindahkan semua barang-barang Firash ke dalam bilik Maira. Risau jika ibu dapat menghidu mereka tidak tidur sebilik. Boleh mengamuk wanita itu nanti.

"Dah" jawab Firash pendek.

"Perfumes, pomade, skincare semua tu?"

"Dah.. aku dah letak dekat almari kau" Maira mengangguk kepala beberapa kali. Cuba membuat senarai semak.

"Baju-baju semua dah letak dekat bilik belakang sekali kan?"

"Dah, staff nurse.." meleret sahaja nada Firash.

"Tapi,nanti kau boleh ke kalau aku sembur perfume dalam bilik kau?" Tanya Firash. Dahinya dikerutkan. Lupa wanita itu alah dengan perfume.

"Boleh!" Laju sahaja Maira menjawab.

"Kau bukan allergic ke dengan perfume?"

"Bau perfume doktor je boleh" perlahan sahaja jawapan dari Maira.

"Apa dia?"

"Tak ada apa-apa" Maira menarik nafas lega.

'Nasib baik dia tak dengar'

"Doktor oncall tak weekend ni?" Tanya Maira. Cuba mengalih topik.

"Tak, aku dah tukar dengan Syahir. Aku oncall Isnin nanti. Kenapa?" Firash memandang wanita di sebelahnya itu.

"Saya ingat nak bawak ibu pergi rumah mama esok. Alang-alang ibu dah datang sini. Boleh ke?" Maira memandang Firash lagi.

"Boleh je. Boleh la bawak diorang jalan-jalan KL nanti" ujar Firash pula. Maira yang mendengar sudah tersenyum lebar.

"Staff nurse.." Maira berpaling lagi. Firash sudah menggaru kening yang tidak gatal.

"Err, depan ibu nanti kita nak macam ni jugak ke?"

"Macam ni tu macam mana?" Soal Maira sambil mengerutkan dahi. Pelik dengan soalan Firash.

"Kau panggil aku doktor, aku panggil kau staff nurse macam ni ke?"

"Ya Allah, macam mana saya boleh terlupa. Mana boleh panggil macam tu doktor! Doktor nak saya kena kerat empat belas ke dengan ibu?"

"Habis tu?" Keningnya diangkat. Maira sudah meletakkan tangan didagu.

"Kanda dinda?"

"Hah?" Bulat mata Firash. Maira sudah tertawa kecil.

"Kau ingat zaman hang tuah ke, nak kanda dinda bagai?" Firash menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis. Lega sebenarnya. Selepas menerima panggilan daripada ibu semalam, Maira tidak lagi melancarkan perang dingin terhadapnya. Entah kenapa, Firash sendiri pun tidak tahu sebab apa perang dingin itu dilancarkan. Mood wanita ini memang sukar dijangka sekarang. Pembawakan budak agaknya.

"B, baby? Over sangat..hmm mommy, daddy? Ish..baby pun dalam perut lagi" Firash hanya memerhatikan sahaja lagak wanita di sebelahnya itu. Dia yang tanya, dia sendiri yang jawab. Perut Maira yang sudah semakin besar itu dipandang.

"Abang, sayang?" Selamba sahaja Firash memberi cadangan. Serentak itu, perut Maira ditendang dari dalam. Laju tangan Maira naik memegang perutnya. Wajah diangkat memandang Firash.

"Tengok, baby pun setuju tu" Maira mengerutkan dahi. Tidak faham.

"Hah?"

"Okay, deal. Abang,sayang kan. Aku nak pergi mandi dulu" Firash bangun dari sofa. Bibir menahan senyum apabila melihat Maira yang sudah membuat gaya hendak muntah.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن