Bab 6

28.8K 985 8
                                    

         Genap seminggu Maira bertugas di Klinik Pakar Perubatan dan Alhamdulillah, dia dah makin menyesuaikan diri dengan suasana kerja disitu. Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, biasanya beberapa orang pesakit akan dirujuk oleh unit-unit lain ke unit kaunseling untuk diberikan Pendidikan Diabetes oleh Maira. Pada hari Khamis pula, Maira akan membantu Raihana untuk memastikan perjalanan klinik bagi Unit Diabetes dan Endokrin berjalan dengan lancar.

Dan hari Jumaat adalah hari yang paling Maira suka kerana hari Jumaat mempunyai masa rehat yang agak panjang. Salasiah, Rosnani dan Hidayu biasanya akan pulang ke rumah pada waktu rehat Jumaat. Masing-masing lebih gemar meluangkan masa berehat di rumah. Tapi tidak bagi Anis dan Raihana. Bagi mereka waktu rehat jumaat tu adalah 'me time' untuk mereka. Awal-awal lagi mereka sudah mengingatkan Maira untuk membawa sepersalinan baju ganti untuk dipakai semasa rehat hari Jumaat.

Sepanjang hari Khamis, itu jelah pesanan yang Maira dengar dari pagi sampai ke petang . Apabila tiba hari Jumaat, mereka bertiga keluar ke gedung membeli belah yang berhampiran dengan hospital mereka. Kata Kakrai, bukan setiap minggu mereka keluar begitu. Kadang-kadang mereka hanya berehat sahaja di klinik.

Maira yang sedang berguling-guling di atas katil itu mengeluh perlahan apabila membayangkan nasib dia mulai minggu hadapan. Dia kena berkerja bersama mamat Cipan tu? Memang tak pernah langsung dia terfikir akan kemungkinan tu.

Mati hidup balik dia tak pernah bercita-cita nak berkerja dengan Dr Firash. Baik mati terus je tak payah hidup balik daripada kena kerja dengan si kerek tu. Raihana dan Anis yang sudah tahu Dr Firash yang akan menggantikan Dr Syahir itu tak habis-habis mengatakan Maira sangat bertuah kerana dapat cuci mata selama empat bulan ni. Kalaulah diorang tahu apa yang jadi antara dia dan Dr Firash, mesti diorang sendiri offer diri nak tolong kebumikan Maira..

Flashback

"Okay ni i kenalkan Dr Syahir. Mo yang incaj our unit for now. Tapi this week gonna be his last sebelum Dr Firash yang akan take over" Maira dah rasa ingin menangis. Bala apa pulak ni?

"Dan ini pulak Staff Nurse Maira. She's the one yang akan incaj our unit from now on selain Raihana. But i think in the future i'll give more work to her than Raihana because she got the Sijil for Pengurusan Diabetes." Sambung Dr Chan sambil memandang mereka bertiga bersilih ganti. Maira hanya memberikan senyuman kecil apabila matanya bertembung dengan Dr Chan.

"Hi Staff nurse, staff nurse mesti dah biasa jumpa saya dengan Firash kan? Kitorang selalu jugak round tengok pesakit dekat wad ortho tu". Ramah Dr Syahir memulakan perbualan. Pelik juga dia melihat wajah kelat staff nurse itu. Padahal kalau dia buat round di Wad 6A, suara staff nurse Maira la yang paling riuh dalam wad itu.

"Ya Dr syahir. Takkan la saya tak kenal Dr Syahir" balas Maira dengan senyuman . Seboleh-bolehnya dia mencuba mengelak daripada memandang ke arah jejaka di sebelah Dr Syahir itu.

"Mesti kau baik hati budi bro, sebab tu dia kenal kau". Suara garau yang menyampuk itu membuatkan Maira sudah tak senang duduk.

'Janganlah si kerek ni duk canang pulak apa yang aku cakap dekat dia haritu' detik hati kecil Maira.

"What do you mean, bro? " Segera Syahir berpaling memandang Firash disebelahnya sambil mengerutkan dahi. Dengan mamat ni pun dia pelik jugak. Tadi, sebelum gadis dihadapannya masuk ke bilik Dr Chan, saraf senyum si Firash ni masih berfungsi dengan elok. Tiba-tiba sekarang lelaki itu hanya tayang muka batu.

"Staff Nurse Maira mesti tak kenal saya kan?" Firash menghadiahkan senyuman sinis kepada Maira. Pertanyaan Syahir itu dibiarkan seperti angin lalu.

"Err.. Maaf doktor..saya tak cam sangat la. Mungkin sebab saya jarang ikut waktu doktor round kot". Air liur ditelan lagi. .

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon