Bab 25

41K 1.2K 40
                                    

                 Maira memegang perutnya. Dia sudah berasa lapar sebenarnya. Anak di dalam perutnya juga sudah mengeras. Mana tidaknya, kali terakhir dia menjamah makanan adalah sewaktu sarapan pagi tadi. Dua keping roti dan segelas air milo. Itupun semuanya sudah habis dimuntahkan. Dia mengerling jam di dinding wad itu. Sudah pukul 3.00 petang? Patutlah perutnya sudah berasa lapar. Tapi dia tidak berani untuk menyatakannya kepada Firash. Sejak lelaki itu masuk ke dalam biliknya semula tadi, lelaki itu tidak bersuara langsung. Memandangnya pun tidak.

Firash hanya mengerling perlakuan Maira itu.

"Kau lapar ke?" Pertanyaan dari Firash membuatkan Maira segera berpaling. Perlahan kepalanya diangguk.

"Nak makan apa?" Sekali lagi Firash bertanya. Matanya memandang tepat ke anak mata Maira. Kalau ikutkan marah, memang dia marah. Sudah terang-terang wanita itu menipunya. Siap merahsiakan kandungannya lagi. Agaknya kalau kejadian hari ini tidak berlaku, sampai ke sudah dia takkan tahu kewujudan anak dalam kandungan itu.

Firash menarik nafas dalam. Cuba bertenang. Dia tidak mahu menambahkan lagi tekanan wanita itu. Hal tadi biarlah mereka bincangkan kemudian.

Firash pun sudah menelefon Raihana sebentar tadi. Memaklumkan tentang kemasukan Maira ke dalam wad. Terkejut wanita itu apabila Firash yang menelefonnya. Firash menceritakan semua yang terjadi kepada Raihana. Termasuk malam yang Maira meminta cerai daripadanya melalui mesej.

Bagi Raihana pula, alang-alang Dr Firash sudah tahu tentang kandungan itu, habis semua perkara diceritakan kepada Dr Firash. Segala masalah yang dihadapi Maira sepanjang kandungan itu pun turut dimaklumkan kepada lelaki itu. Sempat juga Raihana menasihatkan Dr Firash supaya bersabar dengan karenah Maira. Melayan karenah ibu mengandung ini kadang-kadang memang memerlukan kesabaran yang tinggi .

"Nak pizza hut boleh?"

Suara perlahan itu menyedarkan Firash dari lamunan. Firash mengerutkan dahi mendengarkan permintaan wanita itu. Mana pulak dia nak cari pizza hut dalam hospital ini?

Maira menggigit bibir. Dia pun tidak tahu kenapa tiba-tiba tekaknya inginkan pizza hut. Ini kali pertama dia rasa teringin nak makan sesuatu sepanjang kehamilannya itu. Selama ini tekaknya hanya telan sahaja apa yang ada. Kalau ikutkan hati, tidak mahu dia menyusahkan lelaki itu. Tapi dia sangat teringinkan pizza ketika itu. Kerana itu dia terpaksa menebalkan muka.

'Baby ni pun time-time ni la nak malukan Mommy'. Maira mengusap perutnya.

"Boleh tunggu ke? Aku keluar sekejap pergi cari" tanya Firash. Wajahnya tidak beriak. Dia sudah berdiri. Ingin mengambil wallet dan kunci kereta yang diletakkan di atas loker sebelah katil Maira.

"Boleh" perlahan sahaja Maira menjawab. Pizza punya pasal dia sanggup tunggu. Lagipun dia ada ternampak bungkusan plastik berisi biskut dan roti di atas loker nya itu. Boleh la dia mengalas perut sementara Firash pulang membeli pizza.

"Okay" pendek sahaja Firash membalas. Segera langkah diatur menuju ke pintu.

"Doktor!" Panggilan Maira membuatkan Firash berpaling semula.

"Kenapa?"

"Nak aloha chicken tau.."

"Okay"

"Jap doktor! Beef pepperoni la.."

Firash hanya mengangguk.

"Tapi hawaiian chicken pun sedap jugak"

Firash menghentikan langkah. Dia berpaling memandang ke arah Maira. Dia sudah menghamburkan nafas perlahan. Ini ke orang yang Kak Rai cerita tak ada mengidam apa-apa tadi? Macam orang lain je.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ