Bab 12

29.4K 1.1K 6
                                    

Maira duduk berteleku di atas sejadah di sepertiga malam itu. Sesungguhnya dia rapuh ketika ini. Sesungguhnya dia insan yang lemah. Kerana itu, dia mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Allah yang Maha Mengetahui. Allah yang Maha Mengasihani.

Maira mengesat perlahan air mata yang mengalir. Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Sudah seminggu juga dia berkurung sahaja di dalam rumah. Segala panggilan dibiarkan sepi tidak berjawab. Kak Raihana dan Kak Anis datang kerumahnya pun dia tidak keluar rumah. Hanya membiarkan sahaja mereka ternanti-nanti di luar rumahnya.

Hidupnya sepanjang tujuh hari ini hanya sekadar membersihkan diri dan mengadap Sang Pencipta. Dia lupa tentang yang lain. Dia seolah-olah mati rasa. Tidurnya juga tidak lena. Saban malam pasti dia akan terjaga kerana mimpi yang mengerikan. Mimpi dirinya didatangi Dr Firash. Lelaki itu ingin merogolnya lagi. Dan kerana mimpi itu Maira akan terjaga hampir setiap malam.

Panggilan dari ibunya pun dibiarkan tidak berjawab. Apatah lagi panggilan dari Dr Hisham dan Sister Maznah. Maira tahu mereka berdua pasti sudah mengetahui semuanya. Maira malu. Malu untuk menerima pandangan daripada orang sekeliling. Dia mangsa rogol. Dia sudah tidak suci.

Pada hari Ahad lepas juga Maira menerima mesej dari Dr Farhana. Dia memberikan Maira cuti sakit selama dua minggu untuk Maira menenangkan fikiran. Panjang lebar dia memberikan nasihat dan sokongan emosi kepada Maira. Sedikit sebanyak nasihat itu memberikan kekuatan padanya.

Kerana itu Maira nekad, dia perlu bangkit. Dia perlu kuat semangat. Hidupnya belum berakhir hanya kerana peristiwa hitam itu. Dia cuma mangsa keadaan.

Maira perlahan lahan membaringkan tubuhnya di atas lantai yang beralaskan sejadah itu selepas menunaikan solat subuh. Sekali lagi air matanya mengalir.

Suara sayup-sayup orang memberi salam dari luar rumah menyedarkan Maira daripada lelap. Perlahan-lahan dia bangun apabila menyedari dirinya terbaring di atas sejadah dalam keadaan masih bertelekung. Maira menyelak langsir bilik untuk melihat gerangan si pemberi salam. Melihatkan Raihana dan Anis yang sudah tercegat di hadapan pintu pagar rumah sewanya itu, Maira menarik nafas dalam. Sudah tiba masa dia berhadapan dengan mereka. Sampai bila dia mahu lari dari semua orang? Sampai bila dia mahu lari dari kenyataan?

Raihana dan Anis segera menarik nafas lega apabila terpandangkan susuk tubuh yang sedang membuka pintu sliding door itu. Sudah beberapa kali mereka datang ke rumah gadis itu tetapi sekalipun gadis itu tidak munculkan diri. Wajah gadis yang bertudung sarung itu ditenung lama. Wajahnya tiada seri. Nampak sugul sahaja. Perlahan-lahan gadis itu mengatur langkah ke arah mereka untuk membuka pintu pagar.

"Jemput masuk KakRai, Kak Anis.." jemput Maira perlahan.

***************************************

Suasana sunyi menyelubungi mereka bertiga selepas Maira kembali membawa dua gelas air dari dapur walaupun puas dilarang oleh Anis dan Raihana.

"Maaflah kalau Kak Rai dengan Kak Anis menganggu Maira. Tapi kami tak boleh tahan perasaan risau kami ni. Dah dekat seminggu kami cuba contact Maira tak dapat-dapat" ujar Anis memecahkan kesunyian antara mereka. Maira yang mendengar hanya tersenyum tawar.

"Maaflah kalau Maira buat akak berdua risau. Maira tak berniat. Maira cuma tak bersedia nak berdepan dengan semua orang lagi. Maira malu. Maira..." Terus terhenti percakapan apabila dia sudah menangis teresak-esak. Anis yang duduk di sebelah Maira terus menarik gadis itu dalam pelukannya. Erat dia memeluk gadis itu. Perasaan bersalah semakin kuat mencengkam.

"Kak Anis minta maaf Maira. Semuanya salah Kak Anis. Kalau bukan sebab Kak Anis, semua benda ni takkan jadi". Ujar Anis. Dia juga sudah turut menangis. Maira yang mendengar terus mengerutkan dahi. Pelukan segera dileraikan. Anak mata wanita itu dicari.

"Apa maksud Kak Anis?" Tanya Maira penuh debar.

"Sebenarnya kalau akak tak bagi ubat tu dekat Dr Firash haritu, Dr Firash takkan..." Anis memberhentikan percakapannya. Takut ayatnya mengguris perasaan Maira.

"Ubat apa ni? Maira tak faham" Maira semakin tertanya-tanya.

"Sebenarnya masa hari kejadian tu Dr Firash tak sihat. Demam teruk. Pagi tu akak ada offer nak bg PCM dekat dia tapi akak terlupa nak bagi" Ujar Raihana apabila melihat Anis yang hanya menundukkan wajah.

"Maira ingatkan, haritu Dr Firash ada jumpa patient yang ada masalah hypogonadism?" Maira mengangguk perlahan mendengar soalan Raihana.

"Sebenarnya patient tu ada minta pendapat Dr Firash tentang satu ubat yang dia plan nak makan. Dan ubat tu sebenarnya adalah sejenis pil perangsang. Dr Firash dah nasihatkan patient tu untuk elakkan makan ubat tu sebab pil tu bahaya untuk jantung dia. Mungkin sebab tu patient tu tinggalkan ubat tu macam tu je atas meja Dr Firash ataupun memang dia tertinggal. Wallahualam akak tak pasti"

Anis memegang tangan Maira.

"Dan akak ingat ubat tu PCM yang KakRai bagi pada Dr Firash. Bila akak tahu Dr Firash belum makan ubat, akak terus hulurkan pil tu dengan air pada dia. Sebab tu Dr Firash hilang kawalan. Semua salah akak. Akak mintak maaf Maira. Akak bersalah pada Maira dan Dr Firash" Anis menangis lagi. Sekali lagi Maira ditarik ke dalam pelukannya. Dia takut gadis itu tidak akan memaafkannya.

Maira tergamam. Terkedu dia apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Anis itu. Jawapan kepada persoalannya selama ini sudah diperbentangkan di depan mata. Persoalan mengapa dirinya diperlakukan sekejam itu oleh lelaki itu. Rupanya lelaki itu juga mangsa keadaan.Perlahan lahan air matanya mengalir. Habis, siapa yang hendak dipersalahkan? Siapa yang hendak dipertanggungjawabkan? Kenapa pesakit itu tinggalkan ubat di atas meja Dr Firash? Kenapa Kak Anis beri ubat tu pada Dr Firash? Kenapa dia yang masuk ke dalam bilik itu semasa lelaki itu sedang di bawah pengaruh pil perangsang? Kenapa? Kenapa?

Segera Maira beristighfar di dalam hati. Siapa dia untuk mempertikaikan? Siapa dia untuk mempersoalkan takdir Tuhan? Seorang hamba seperti dia tidak seharusnya mempertikaikan qada' dan qadha Allah. Dia tahu itu. Dia rasa berdosa kerana seolah-olah menyalahkan takdir.

'Ampunkan aku Ya Allah. Aku seolah-olah tidak reda dengan takdir yang dah Kau tulis padaku'

"Maira.." Raihana yang melihat Maira hanya diam memanggil wanita itu perlahan.

"Maira marahkan Kak Anis?" Tanya Anis pula apabila melihat Maira hanya diam. Maira yang mendengar pertanyaan Anis itu hanya menggeleng perlahan dengan senyuman pahit.

" Kak Anis tak salah pun. Apa hak Maira nak marah pada Kak Anis" jawab wanita itu perlahan.

"Maira nak jumpa Dr Firash?" Tanya Raihana lagi apabila wanita itu kembali berdiam diri . Maira yang mendengar terus menggeleng laju. Dia tidak mahu. Dia takut. Dia benci. Raihana yang melihat keadaan Maira itu segera menggenggam kuat kedua-dua tangan Maira. Memberi semangat kepada wanita itu.

"Dr Firash pun macam Anis, Maira. Dia pun tak salah. Maira jumpa Dr Firash ya? Bincang elok-elok dengan dia. Maira kena fikirkan masa depan Maira jugak". Pujuk Raihana lagi.

"Maira takut.." perlahan sahaja suara itu kedengaran di telinga Raihana dan Anis. Tangan Raihana naik mengusap belakang wanita di hadapannya itu.

"Kak Rai teman ya?" Raihana mencari mata wanita itu.

Perlahan-lahan Maira mengangguk.

'Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah'

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Där berättelser lever. Upptäck nu