Bab 23

34.2K 1.1K 14
                                    


            Maira melangkah perlahan-lahan ke arah klinik dari tempat thumbprint staff itu. Setiap langkah yang diambil mengundang rasa sakit. Dari tempat parking kereta tadi dia sudah melangkah dengan berhati-hati.

Kakinya asyik cramp sejak dua menjak ini. Mungkin kerana perutnya yang semakin membesar. Sedar tak sedar kandungannya sudah memasuki dua puluh satu minggu. Lebih kurang lima bulan . Jadi perutnya sekarang tidak dapat disorok lagi. Baju uniform juga sudah ditukar kepada uniform mengandung.

Ramai yang mengatakan perut Maira lebih besar daripada sepatutnya. Memang la.. Kalau ikutkan tarikh kahwin, kandungannya sekarang sepatutnya baru berusia tujuh belas minggu minggu atau empat bulan. Itu yang kadang-kadang ramai yang mempersoalkan saiz perut Maira itu. Disebabkan peristiwa hitam itu berlaku sebulan sebelum mereka bernikah,Maira terpaksa mengira usia kandungan dan due date nya sendiri.

Maira kembali berhenti untuk mengambil nafas bagi meredakan kesakitan. Kadang-kadang kakinya itu akan merasa kejang apabila banyak berjalan.

I tu belum lagi cerita tentang alahan yang dialami. Kalau diikutkan sekarang Maira sudah memasuki trimester kedua kandungannya. Kata jururawat yang menjaga Maira di Klinik Ibu dan Anak, symptom-symptom alahan ini biasanya akan berkurangan selepas memasuki trimester kedua ini. Tapi berbeza pula dengan Maira. Alahannya kepada bau-bauan wangi semakin teruk. Pantang ada bau wangi sikit, mesti tekaknya akan merasa loya. Kepala juga akan rasa menyucuk.

Dalam tempoh dua bulan ini, sudah beberapa kali dah Maira hampir termuntah dihadapan orang ramai. Kadang-kadang Maira terpaksa menyediakan plastik didalam poket uniformnya kerana tekaknya pasti akan merasa loya dengan bau-bauan yang wangi dari orang sekeliling. Bau minyak angin pun tak mampu nak menghilanglan loya dan sakit kepala Maira itu.

Maira kembali melangkah. Tangannya sudah berpaut pada dinding.

"Patient meningitis yang admitted semalam tu kau dah review ke belum?"

" Belum lagi. Aku tak sempat. Huru-hara dekat redzone semalam"

Perbualan kedua-dua doktor lelaki yang berada di belakangnya itu menghentikan langkah Maira serta-merta. Terus Maira menunduk. Berpura-pura mencari sesuatu di dalam beg.

Ya, dia cam suara garau itu. Dia sangat kenal pemilik suara itu. Maira sudah cemas. Janganlah lelaki itu perasan kewujudannya di situ. Kalau tidak, sia-sia sahaja usahanya mengelakkan diri daripada lelaki itu selama dua bulan ini. Memang sejak perutnya semakin membesar ini, Maira jarang pergi merayap di kawasan hospital. Tempatnya hanya di klinik sahaja. Ke kafeteria pun dia tidak pergi. Hanya mengirim sahaja makanan dengan akak-akak di klinik itu. Nasib baik mereka faham keadaan Maira yang selalu mabuk itu.

Apabila kedua-dua susuk tubuh itu melepasinya, barulah Maira mengangkat wajah kembali. Kaki kembali melangkah.

"Aduhh" kakinya cramp lagi.

"Kak MS, kak MS okay tak ni?" Suara kuat milik houseman yang berada di belakang Maira itu membuatkan semua orang yang berada di situ berpaling ke arah Maira dan houseman itu. Termasuk Firash dan Aliff.

Maira dah cuak. Laju dia memusingkan badan ke belakang. Memandang houseman yang menegurnya tadi.

"Ish Dr Amelia. Jangan la jerit-jerit.. malu akak!" Maira sudah meletakkan jari di bibirnya memandang houseman yang pernah berkerja bersamanya semasa di Wad 6A dulu. Houseman itu memandangnya dengan penuh kerisauan.

"Hihi.. sorry kak MS.. Kak MS okay tak ni?" Tanya Amelia risau. Dia memang sudah biasa memanggil Maira dengan nama singkatan itu. Wanita itu pun tidak kisah.

"Okay je.. kaki akak je sakit sikit ni" jawab Maira sambil memegang kakinya.

"Alololo comelnya perut kak MS .. dah nak jadi mommy dah rupanya" balas Amelia riang. Memang dia sangat menyenangi jururawat di hadapannya ini. Semasa di Wad 6A dulu, Staff Nurse Maira la yang banyak membantu dan mengajar dia dan rakan-rakan houseman yang lain.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now