Bab 9

31.4K 1K 36
                                    

"Maira, KakRai, ada patient under endokrin datang harini la. Patutnya appointment dia semalam, tapi patient tersalah tengok tarikh. Dia datang harini. So macam mana? Nak jumpa harini ke nak bagi tarikh appointment baru?". Ujar Anis yang muncul di pintu bilik Unit Diabetes dan Endokrin itu. Serentak Maira dan Raihana yang sedang memasukkan data pesakit ke dalam reten itu memalingkan wajah ke arah Anis.

"Oo yeke? Hmm, kejaplah akak pergi tanya Dr Firash. Kot-kot dia rajin nak tengok patient tu". Segera Raihnaa bangkit dari duduknya dan mengambil kad temujanji yang dihulurkan Anis itu. Maira pula terus menyambung kerjanya yang tergendala disebabkan kedatangan Anis tadi. Kalau boleh dia mahu selesaikan kerja itu secepat mungkin kerana hari ini hari Jumaat. Masa yang ada sangatlah terhad kerana rehat pada hari Jumaat bermula pada jam 12.15 tengah hari sehingga 2.45 petang.

"Anis ada nampak Dr Firash tak harini?"

"Ada Kakrai, tadi Anis nampak dia masuk Bilik 5". Jawab Anis sambil menunjukkan bilik rawatan yang terletak di hujung sekali berhampiran tandas staff. Segera Raihana mengaturkan langkah ke arah bilik tersebut.

***************************************

Firash memicit perlahan kepalanya. Rasa sakit yang menyucuk membuatkan dia mendecit beberapa kali. Pagi tadi dia dah rasa lain macam tapi diabaikan sahaja. Lagipun harini sudah hari Jumaat, hari terakhir untuk minggu ini jadi dia rasa sayang pula untuk mengambil cuti kerana alang-alang hari esok sudah cuti.

Firash kembali meletakkan kepala di atas meja di bilik rawatan itu. Nasib baiklah hari ini dia hanya membantu Subashini, MO yang ditugaskan untuk mengendalikan klinik pada hari Jumaat itu. Jadi dia hanya akan memanggil pesakit sekadar mengikut kemampuannya sahaja. Dia seseorang yang jarang sakit, jadi apabila demam datang menjengah sekali sekala seperti ini, kesannya akan menjadi lebih teruk.

Firash mengangkat kepala apabila terdengar ketukan perlahan di pintu biliknya. Kelihatan susuk tubuh Raihana sudah terpacak di muka pintunya.

"Kenapa Kakrai?" Raihana sudah mengerutkan dahi apabila suara serak itu menyapa telinganya. Muka pucat dengan mata yang sedikit kemerahan itu juga dipandang dengan wajah penuh kerisauan.

"Eh, Dr Firash okay ke ni? Dr tak sihat ke?" Tanya Raihana dengan nada cemas.

"Okay je Kakrai. Demam sikit je ni". Balas Firash sambil tersenyum pahit.

"Ada apa, Kak Rai?" Tanya Firash lagi. Dia memandang ke arah tangan Raihana yang sedang memegang sekeping kad temujanji.

"Macam ni, ada sorang patient ni, patutnya tarikh appointment dia semalam under unit kita, tapi dia tersalah tengok tarikh. Dia datang harini pulak. Itu yang KakRai nak tanya Dr Firash tu. Dr Firash nak jumpa ke patient ni atau KakRai bagi tarikh appointment lain je?"

"Oo, patient tu under unit kita sebab masalah apa KakRai?"

"Hypogonadism. Dr Firash nak jumpa ke? Kalau tak larat takpe je".

" Takpelah KakRai, alang-alang patient pun dah datang, saya jumpa je lah terus. Nanti lepas patient siap daftar terus suruh masuk bilik saya ye". Ujar Firash pula.

"Ni Dr Firash dah makan ubat ke? Nak PCM? (paracetamol/panadol). Kalau nak PCM KakRai boleh bagi". Tanya Raihana lagi. Kesian pula dia melihat wajah pucat dihadapannya itu. Pucat-pucat pun masih terserlah ketampanan jejaka itu. Patutlah doktor yang bernama Ahmad Firash ini sentiasa menjadi sebutan staff-staff di Hospital Subang Jaya itu.

"Boleh jugak Kak Rai. Kot-kot kurang sikit pening ni lepas ambik PCM".

"Okay, kejap lagi Kak Rai bagi Dr Firash ye" ujar Raihana seraya melangkah keluar dari bilik rawatan itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora