Bab 8

28.8K 1K 5
                                    

Suasana riuh di kaunter klinik pada petang itu membuatkan Maira menjenguk keluar dari biliknya. Kelihatan Kak Sal, Kak Anis, Kak Ayu, Kak Nani dan Kak Rai sedang berbual di kaunter klinik dengan dua orang jejaka yang membelakanginya. Melihatkan susuk yang tinggi lampai macam tiang bendera itu sudah membuatkan Maira dapat meneka siapa gerangan salah seorang jejaka tersebut.
Perlahan sahaja langkah Maira merapati mereka yang berkumpul di kaunter Klinik Pakar Perubatan itu. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk keluar berkumpul di kaunter klinik setelah kerja masing-masing telah selesai.

"Hah Maira, sinilah.. Buat apa sorang-sorang dalam bilik tu" Teguran Kaksal itu membuatkan kedua-dua jejaka itu berpaling serentak. Tepat jangkaan Maira apabila melihat muka tidak beriak itu memandang ke arahnya. Berbeza pula dengan jejaka seorang lagi yang memberikan senyuman nipis kepadanya. Maira hanya membalas dengan anggukan kecil. Dia tidak pernah melihat wajah itu sebelum ini.

"Eh tak tahu pulak saya klinik kita ada orang baru?" Tanya jejaka itu. Berkerut dahi jejaka yang berkaca mata itu apabila melihat wajah yang tidak pernah dilihatnya.

"Ni Maira, Dr Irsyad. Baru dua minggu dekat sini. Maira ni incaj Unit Diabetes dan Endokrin dengan akak.. " Balas Raihana menjawab pertanyaan Irsyad itu.

"Oo..jarang pulak tengok nurses muda-muda dekat banggunan klinik ni".

"Amboi-amboi.. biasa mulut tu.. nak kata Kaksal and the geng ni dah tua la ye" terhambur tawa mereka semua mendengar ayat yang keluar dari mulut Salasiah itu.

"Tak adalah Kaksal. Biasanya jarang nurses muda-muda macam ni dapat turun klinik" balas Irsyad lagi.. Maira yang menjadi topik utama ketika itu hanya menayang senyuman nipis. Malas nak beri penerangan panjang lebar. Bukan apa, tak penting pun. Yang penting dia dah menurut arahan untuk turun kerja di klinik pakar itu.

"Maira ni ada sijil Pengurusan Diabetes. Itu yang Dr Hisham request untuk Maira turun kerja dekat klinik ni. Matron Rosliza pun beri kelepasan sebab Maira ni injured baru ni. ACL." Terang Raihana pula.

"Oo.. patutlah" Irsyad hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Maira ni single and available lagi Dr Irsyad. Kot-kot lah Dr Irsyad tengah cari calon". Tambah Rosnani pula.

Maira yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Rosnani itu terus membulatkan mata. Memerah wajahnya apabila melihat kedua-dua jejaka itu memandang ke arahnya.

'Dah kenapa pulak tiba-tiba menyimpang ke topik ni pulak?' detik hati Maira.

"Doktor jangan layan Kak Nani ni ya. Dia tengah takde kerja tu. Jom Kak Nani, teman Maira pergi jumpa Sr Maznah kejap " Segera Maira memotong percakapan Rosnani sebelum Rosnani sempat menyambung lagi. Cepat-cepat dia menarik tangan Rosnani untuk beredar dari situ. Bukan boleh dibiar Kak Nani ni.. Habis semua orang kalau boleh dia nak kenenkan dengan Maira.

Rosnani yang ditarik oleh Maira hanya tersenyum apabila melihat wajah yang sedang memerah itu.

Melihatkan dua susuk tubuh itu sudah menghilang dari pandangan mata, tiba-tiba Irsyad bersuara perlahan.

"Takkan lah cantik macam tu single and available lagi. Macam tak percaya je"

"Kenapa? Dr Irsyad berminat ke nak buat calon? KakSal boleh je nak kenen-kenen kan doktor dengan Maira tu. Lagipun apa salahnya. Dua-dua single and available lagi". Salasiah pula mengambil tempat Rosnani untuk menjadi agen pencari jodoh.

"Eh tak apalah KakSal. Jauh lagi nak fikir ke arah tu.. Lagipun saya dapat arahan untuk pergi attachment di Hospital Kuala Lumpur untuk 6 bulan. Jadinya saya nak fokus dengan attachment dulu. Tak sempat lagi nak fikir pasal bercinta ni semua". Balas Irsyad pula. Sempat dia mengerling kearah jejaka yang berdiri di sebelahnya. Rakannya itu hanya memilih untuk mendiamkan diri daripada tadi.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now