Bab 41

43.1K 1.2K 61
                                    

Firash merenung siling biliknya itu. Sejak daripada hari Selasa haritu dia sudah tinggal dirumahnya sendiri. Barang-barang miliknya di rumah Maira telah diangkut kesemuanya. Kehadirannya sudah tidak dialu-alukan lagi di rumah itu.

Keluhan berat dilepaskan. Kosong. Hatinya terasa kosong. Biliknya sendiri pun terasa asing kini. Rumahnya sendiri terasa sunyi. Sedangkan inilah rumah yang didiami sejak lima tahun lalu.

Baju Ameera dibawa ke wajah. Menghidu bau yang masih melekat pada baju anak kecil itu. Dengan harapan ianya dapat menghilangkan kerinduan yang bersarang di hati. Dia sangat merindukan anak dan isterinya ketika ini. Hatinya terasa pedih setiap kali membayangkan wajah-wajah kesayangannya itu.

Air mata lelakinya bergenang buat kesekian kali. Lima hari ini, begitulah keadaannya setiap malam. Meratapi nasib dirinya yang bakal berpisah dengan insan-insan yang paling disayangi. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana hidupnya tanpa Maira dan Ameera di sisi nanti.

Dalam tempoh lima hari ini pun tiada langsung berita dari Maira. Wanita itu sepertinya sudah nekad untuk memutuskan hubungan dengan Firash. Seperti sudah tidak sabar untuk bebas daripada hubungan yng menyeksakan ini.

Tangan naik meraup muka.

Esok sudah hari Jumaat. Bererti esok dia akan pulang ke rumah mertuanya di Skudai. Jika orang lain berada di tempat Firash, pasti merasa seronok kerana dapat berjumpa anak dan isteri.
Tetapi tidak bagi Firash. Esok adalah hari yang paling Firash takuti.
Dia sebolehnya tidak mahu bersemuka dengan Maira. Kerana dia tahu Maira akan menuntut janji yang terpaksa dia tunaikan tanpa dia rela. Dia akan menceraikan Maira hari esok. Itu yang dia sudah janjikan kepada wanita itu.

Air mata mengalir lesu. Dia belum siap untuk kehilangan. Belum sanggup untuk berpisah. Hatinya hancur. Selepas ini tiada lagi senyuman Maira yang selalu menghiasi hari-harinya. Tiada lagi karenah Maira yang selalu mencuit hatinya. Tiada lagi jelingan manja Maira yang selalu dihadiahkan kepadanya.

Firash menghembur nafas berat untuk kesekian kali. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik. Untuk kebahagiaan Maira dan juga Ameera. Kisah dia dan Maira telah ditakdirkan untuk bertahan setakat ini sahaja.

***************************************

Maira menepuk perlahan anaknya yang sedang merengek dipangkuannya itu. Begitulah keadaan Ameera saban malam sejak Firash pulang ke Subang. Anaknya itu akan merengek setiap malam. Seolah-olah menantikan kehadiran daddy yang sentiasa berada di sisinya selama ini.

Maira menghela nafas berat. Mujurlah Firash ada meninggalkan sehelai kain pelikat miliknya. Dapatlah meredakan tangisan anak kecil itu. Dapatlah mengurangkan rasa rindu anak kecil itu pada daddynya itu. Tapi anaknya kadang-kadang tetap akan merengek. Rindu yang ditanggung mungkin tidak dapat dipujuk dengan hanya sehelai kain pelikat.

"Menangis lagi Ameera tu Fea?" Tanya Puan Norishah yang masuk ke dalam bilik membawa segelas air.

"Haah, ibu" jawab Maira perlahan.

"Dia rindu sangat dah dekat daddy dia tu. Manja daddy betul" Maira sudah tersenyum pahit mendengar kata-kata ibunya itu.

"Mana tidaknya, daripada dia lahir, daddy dia je yang uruskan dia. Ibu ni cuma tolong sikit-sikit je" tambah Puan Norishah lagi.

Maira hanya diam. Benar apa yang dikatakan ibunya itu. Lelaki itulah yang menguruskan semuanya. Lelaki itu tak pernah mengeluh sikitpun. Sedangkan tidur lelaki itu pun tidak cukup.

"Shh.. shh..shhh.." Maira menepuk lagi. Rengekan Ameera sudah semakin perlahan sebelum anak kecil itu terlena.

"Okaylah ibu keluar dulu. Kamu pun rehatlah lepas ni. Jangan risau, esok baliklah buah hati kamu tu" ujar Puan Norishah sambil tersenyum mengusik. Bukannya dia tidak tahu, dia terlebih dulu makan garam. Bukannya cucunya sahaja yang merindukan Firash, mommynya pun sama. Asyik termenung sahaja sejak Firash pulang ke Subang.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now