Bab Akhir ♥️

63.4K 2K 329
                                    

           Maira yang sedang berdiri di balkoni hotel itu menguntum senyum apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang. Terasa dagu lelaki itu turut diletakkan di atas kepalanya.

"Princess abang dah tidur ke?" Tanya Maira. Tadi selepas dia menyusukan Ameera, Firash mengambil alih untuk menidurkan anak perempuan mereka itu.

"Dah..Tengok apa?" Perlahan suara garau itu bertanya.

"Saja tengok-tengoj permandangan laut tu. Tenang je" ujar Maira. Memang dia yang memilih untuk ke Pantai Cherating, Pahang ini semasa Firash meminta pendapatnya tempoh hari. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di negeri Tok Gajah ini.Lagipun dia tidak mahu berjalan terlalu jauh memandangkan Ameera masih kecil. Firash juga tidak kisah.

"Kenapa? Tengok abang tak tenang ke, hmm?"

Terus Maira mendongak memandang Firash.

"Dulu je tengok abang tak tenang, sekarang tak dah. Kalau dulu rasa sakit je rasa mata ni kalau nampak abang dekat hospital tu.." Maira menjawab sambil tersenyum. Firash menahan senyum mendengarkan celoteh isterinya itu.

"Yeke? Kenapa pulak? Abang baik apa"

"Haah.. baaaaiiikkk sangat.."

"Panjang sangat harakat tu" Firash melepaskan tawa kecil.

"Ye la.. kalau abang nak tahu, Abang la MO yang paling kerek yang Maira pernah jumpa tau. Dah lah asyik tayang muka batu je. Perangai tu mengalahkan ci..." Maira tidak menghabiskan ayat. Segera tangannya naik menutup mulut. Alamak! Terlepas cakap pulak.

"Mengalahkan apa? Cipan?"

Maira menggigit bibir. Nak mengaku ke tak ek?

"Tak baik tau kutuk suami sendiri. " Firash sembunyi senyum. Bukannya dia tidak tahu gelaran yang diberikan oleh isterinya kepadanya dulu.

"Sorry.. siapa suruh abang tu dulu asyik suka tengking-tengking orang?" Maira sudah tersengih.

Firash hanya menggelengkan kepala perlahan.

"Tapi tak sangkakan.. orang yang Maira panggil mamat cipan selama ni, last last jadi suami Maira.." Maira melepaskan tawa kecil.

"Abang pun tak sangka staff nurse pendek mulut pedas ni akhirnya jadi isteri abang" ujar Firash pula.

"Mana ada pedas? Biasa je!" Maira menjeling manja.

"Pedas la.. kadang-kadang tu bila kena tembak dengan sayang, rasa macam kena headshot terus" Firash ketawa lagi. Maira turut ketawa. Teringat zaman dia perli-perli doktor kerek ni dulu.

"Abang ingat tak bila kita first time jumpa?" Maira menyoal. Saja menguji daya ingatan suaminya.

Firash tersenyum.

"Ingat.." jawab lelaki itu pendek.

"Itu je jawapan dia? Huraikanlah sikit Dr Ahmad Firash" Maira mencebik.

"Masa tu ada makcik dekat wad tu sibuk nak jadikan isteri abang ni menantu dia. Sampai abang terfikir, apa yang istimewanya staff nurse pendek tu sampai makcik tu beria sangat nak buat menantu.."

"Staff nurse pendek?" Maira menjeling lelaki di belakangnya itu.

"Eh tapi bukan ke kita first jumpa masa abang tegur Maira pasal ubat STAT tu ke? Dah la tegur dengan cara 'berhemah' sangat.." sambung Maira sambil mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah menekankan perkataan berhemah itu.

Firash ketawa perlahan.

"Abang memang berhemah orangnya" ujar Firash dengan tawa masih bersisa. Maira hanya menjulingkan mata ke atas.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now