Bab 34

38K 1.7K 31
                                    

              Maira mengerling ke arah Firash yang sedang khusyuk menonton tv itu. Ibu dan abahnya sudah pulang tengah hari tadi. Jadi hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah itu. Terasa kekok pula. Maklumlah sudah empat hari ibu dan abah tinggal bersama mereka di rumah itu.

"Kenapa, staff nurse?" Meleret sahaja suara Firash bertanya. Bukannya dia tidak nampak wanita itu beberapa kali mengerling ke arahnya. Saja dia menunggu Maira memulakan dahulu tapi wanita itu hanya mencuri pandang daripada tadi.

"Doktor.." panggil Maira perlahan membuatkan Firash mengalihkan pandangan daripada tv.

"Hmm?" Firash mengangkat kening.

"Doktor penat tak?" Maira memusingkan badan. Menghadap Firash dengan muka penuh berharap. Lelaki itu baru je pulang dari hospital tengah hari tadi kerana dia postcall (hari selepas oncall) . Jadi, Maira tidak mahu menyatakan hasratnya kalau lelaki itu penat. Sebab itu dia bertanya terlebih dahulu.

Firash menyembunyikan senyum. Sudah dapat agak. Mesti ada sesuatu yang wanita itu inginkan. Takkan Firash nak cakap dia penat kalau dah Maira pandang dia dengan penuh berharap macam tu.
             
"Okay je. Kau ada nak makan apa-apa ke?"

"Jom kita pergi pasar malam, nak?" Maira sudah tersenyum lebar.

"Larat ke kau nak berjalan nanti? Tak payahlah. Kau nak makan apa? Biar aku je pergi beli" Firash mengerutkan dahi memandang ke arah Maira.

"Tapi, saya nak pergi pasar malam.." perlahan sahaja Maira menuturkan.

"Nanti kaki kau bengkak lagi sebab jalan banyak" Firash mengendurkan suara.

"Baby yang nak pergi, bukan saya.." Maira memberi alasan.

"Aikk.. boleh pulak macam tu?"
Firash sudah menggelengkan kepala perlahan.

"Boleh la doktor. Saya dah lama tak pergi pasar malam" Maira sudah memuncungkan mulut. Bukannya dia tak boleh pergi sendiri, tapi dia risau kalau apa-apa jadi kalau dia pergi tanpa lelaki itu.

Firash menggaru kening yang tidak gatal. Sejak dua menjak ni memang Maira selalu berperangai macam ni. Kalau salah cakap sikit, boleh merajuk setahun agaknya.

"Yalah, kejap lagi kita pergi" Firash mengalah.

"Yeayy.. thank you Dr Firash" Maira yang teruja itu terus merangkul tubuh lelaki yang berada disebelahnya itu. Bibirnya sudah tersenyum manis.

Firash terkedu. Terkejut dengan tindakan Maira. Maira pun terkedu. Dia lagi terkejut dengan tindakannya sendiri. Pantas pelukan itu dileraikan.

"Eh, sorry doktor.. sorry sorry.." Maira dah kalut.

"Saya siap-siap dulu. Doktor jangan lambat tau!" Segera Maira melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat sebelum tangan naik menampar pipi sendiri perlahan. Kau dah kenapa, Maira Sofea?!

Firash yang masih tergamam dengan tindakan Maira itu perlahan-lahan bangun untuk bersiap. Tangan naik memegang dada. Dah nak pecah ke apa jantung ni?

***************************************

        "Staff nurse, jangan laju sangat, kau tu pregnant" Firash terpaksa menaikkan volume suara untuk melawan suasana bising di pasar malam itu. Maira sudah excited. Dia dah telan air liur berkali-kali. Banyak makanan yang ada dalam list dia nak beli. Laju sahaja Maira melangkah. Kata-kata Firash sebentar hanya diabaikan sahaja.

Baru sahaja Maira ingin melangkah ke kedai pertama, tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh lelaki itu. Segera kepalanya mendongak memandang jejaka tinggi lampai itu.

"Slow sikit, tak lari ke mana pun kedai tu" mendatar sahaja suara Firash. Tangan Maira digenggam kemas. Kalau tak pegang, boleh hilang rasanya perempuan ni.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin