01

362 17 0
                                    

Haeyoung menyedut air chocolate nya untuk ke sekian kali . Matanya memandang ke arah wajah rakan baiknya , Hyein yang tergelak gelak itu bersama beberapa rakan perempuan yang lain .

" Eeee , sukanya aku !"

" Untung la kau siot , dia balas senyum "

Haeyoung sendawa . Dia meletakkan kotak airnya di atas meja .

" Yah , sudah sudahlah . Aku yang rimas tengok korang tak habis habis terkinja kinja " ujar Haeyoung .

Dia menyilangkan kakinya . Posing itu paling disukainya kerana cukup selesa untuk merehatkan badannya . Tapi untuk pelajar lain , posing itu tidak diharuskan kerana posing itu hanya sesuai untuk yang memakai seluar sahaja .

" Sabar lag Haeyoung , lagi lima minit dah nak habis dah rehat " jawab Hyein . Haeyoung mengerutkan dahinya .

" Tak sekarang ni kau tu . Yang lain ni aku faham la sebab diorang lain kelas dengan monyet tiga sekawan tu . Kau tu , kau tu sekelas dengan diorang tahu tak ? Yang kau pun ikut terkinja kinja kenapa ? Kat kelas pun boleh usya en ?"

Hyein kemudian duduk di kerusi yang berhadapan dengan Haeyoung . Dia menarik nafasnya .

" Listen this for the last time eh . Kalau kat kelas , aku tak leh usya si Ruto tu sebab nanti nampak sangat . Aku tak nak aa tunjuk sangat en , biar nampak syok sendiri sorang sorang tak open sangat , kalau open sangat kang dapat malu je kang " jelas Hyein .

Haeyoung mendecit . Dia kemudiannya memandang ke arah monyet tiga sekawan yang duduk di hujung taman sekolah itu .

" Cuba kau bagitahu aku , apa ciri ciri handsome yang ada kat monyet monyet tu "

Hyein tersenyum kecil . Bukan senang nak bagi Haeyoung dengan dia bercerita pasal tiga manusia tu .

" Diorang punya karisma beb . Kalau lalu sebelah diorang , pergh dapat rasakan aura aura macam.. pergh ! Kau faham tak ? Eh kau tak faham sebab kau tak suka diorang . Astu kau tengok la hidung masing masing pergh mancung siot . Lawa pulak tu . Kalau-"

" Aku suka lagi hidung Pinocchio . Boleh aku sangkut hanger banyak banyak "

" Shh diam ! Lepastu kan , kalau kau kahwin dengan diorang , anak mesti good looking weh . Kau mesti-"

" Sorry sikit ye , hidung aku ni dah cukup.mancung untuk dibandingkan . Bapak aku pun lagi mancung "

" Eish ye laa . Tapi diorang ni ada banyak lagi ciri ciri . Kau tengok le jawline diorang . Pergh tajam weh . Tu halkum tu lagi bapak "

" Gila la kau ni Hyein . Kau memang scan satu badan ke apa ?" Tanya Haeyoung . Risau juga dia dengan rakannya itu . Kalau masuk game imaginasi , mesti boleh pergi jauh ni .

"Hahaha , takde la , tapi yela , dah benda bukannya tertutup , aku tengok je le " jawab Hyein . Haeyoung menggelengkan kepalanya .

Dia kembali menoleh ke arah mereka bertiga . Memandang satu per satu wajah yang terhias di tiga tiga figura itu . Sehinggalah matanya bertemu dengan sepasang mata yang redup . Lama dia memandangnya sebelum memandang ke arah lain .

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now