25

105 14 0
                                    

Haeyoung yang sedang sibuk menyusun buku bukunya , mendengar suara seseorang diluar rumah . Sempat dia mengerling ke arah jam dindingnya .

" Dah pukul 12 ni , siapa yang datang ?" Gumamnya .

Serentak dengan itu , dia kemudiannya bangun dan bergerak ke arah langsir tingkap . Diselak sedikit supaya dapat melihat orang yang datang itu .

Berkerut sekejap dahinya apabila melihat Haruto yang sedang bersandar pada sisi kereta sambil sebelah tangannya memegang sesuatu . Haeyoung kemudian terus berjalan keluar bilik dan turun ke bawah .

"Ha kau , tu ada-"

Haeyoung tidak menghiraukan abangnya yang baru melepasinya tadi . Dia terus sahaja melangkah ke arah pintu rumah sebelum membukanya .

Haruto yang elok bersandar itu , terus berdiri apabila melihat Haeyoung keluar . Haeyoung membuka pagar kecil yang ada di hujung sekali .

" Kau buat apa datang malam malam buta ni ? " Tanya Haeyoung pelik . Haruto menggaru kepalanya yang tidak gatal itu . Dia berdehem sedikit .

" Kau baru nak tidur ke ?"

Haeyoung menggelengkan kepalanya . Tangannya naik memeluk tubuh sendiri .

" Kau datang ni .. mesti ada sesuatu en ? Apa dia ? Nak tanya aku pasal Hyein ke ? " Duga Haeyoung tiba tiba bersama senyuman kecilnya . Haruto tergelak kecil .

" Takde lah kau . Memandai je eh kau . Niha , handphone kau kan ?"

Haeyoung terus memandang ke arah huluran Haruto . Terdiam sekejap dirinya seketika sebelum tangannya mengambil huluran Haruto .

" Wait.. what ? Macam mana kau-"

" Sebenarnya restoran seafood yang kau dengan Jeongwoo makan tu , restoran ayah aku . Kebetulan masa kau rushing keluar tu , aku baru masuk sebenarnya . One of our staff baru nak kejar kau sebab nak bagi handphone kau ni , but kau dah lari laju sangat . So dia bagi kat aku , and , here , your phone "

Haeyoung terdiam tak terkata . Tak pulak dia perasan ada pulak mamat ni masa dia lari keluar cari Jeongwoo masa tu .

" Terima kasih weh , serious weh , thank you gila " ucap Haeyoung . Dia menilik handphonenya sendiri .

" Oh by the way , kau asal masa tu rushing sangat ?" Tanya Haruto . Haeyoung memandangnya .

" Kau macam tak tahu . Ingat aku ada masa nak date berdua dengan member kau tu ? Mestilah time tu dia date dengan makwe dia , entah macam mana tiba tiba aku tengok dua dua dah hilang , tu yang macam orang gila je keluar restoran " jawab Haeyoung .

Haruto mengerutkan dahinya . Date dengan makwe ?

" Eh dah la kau . Dah pukul berapa dah ni , karang esok pagi aku bangun lambat , kau orang pertama aku mention . Hahaha , dah la , bye . And , thank you for this " Haeyoung terus meminta diri . Dia kemudiannya sempat melambaikan tangannya ke arah Haruto sebelum berlari masuk ke dalam rumah .

" Jeongwoo keluar dengan Eunchae ? Seriously ?" gumam Haruto sendirian

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWo Geschichten leben. Entdecke jetzt